Saturday, December 31, 2011

Aleen's Belated Birthday


     Walaupun post ini agak lambat dan tertangguh, tapi nak tulis jugak. Yela, sempena tahun baru nanti, banyak benda yang nak dibelogkan. Selepas pulang dari Spain, masing2 agak busy dan ada plan sendiri, makanya sambutan birthday untuk Aleen pun ditangguhkan beberapa hari lewat dari jadual yang sebenar. Plus, Aleen sendiri pun tiada di Glasgow pada hari lahir beliau.

Kali ni birthday takde surprise2, tapi secara jemputan gitu. Budak perempuan masak main dishes, budak laki buat kuih sampingan je. Katanya Chef Kak Pah kita masak nasi minyak dengan ayam masak hitam. Hitam tetapi pedas! Aku pulak buat burger Malaysia. Alaaa, burger yang macam donat bulat dan diisi dengan sambal bilis dan timun tu. Tapi oleh sebab ikan bilis dah habis, aku pakai ayam je. Up skettt...

Jamuan bermula selepas Isyak, kira2 jam 8.30 pm camtu. Makanan sudah pun disusun rapi di atas meja semasa aku sampai. Tetamu2 lain seperti Wanli, Idris, Najhan & Dila sudah pun sampai terlebih dahulu.

Seperti biasa, selepas doa makan dibaca oleh birthday girl, kami semua menjamah dengan penuh selera tetapi sedikit kepedasan. Memang berpeluh2 masa makan tu. Menu hari ni selain makanan yang disebut di atas ialah karipap tuna, sambal kacang kuda, muffins, potato wedges, mochi, aiskrim dan minuman berkarbonat. Thanks to Hanafiah sebab bawak air sampai 4 botol.



Lepas tu nyanyi lagu untuk Aleen sambil dia potong kek. Potong sekali je, pastu orang lain sambung makan. Kek kali ini ialah marble cheesecake kot.. Kek coklat yang disalut cheese di atasnya. Sedap dan mengenyangkan.. Kek disambung potong oleh aku. Diorang kata aku terer potong kek. Apekah? Hahaha...












Group photo




Next, ada sesi pemberian hadiah. Aku pun bagi Aleen hadiah yang aku dah balut. Aleen bukak on the spot gitu. Segan I tau... Pastu orang lain posing2 bagi hadiah walaupun dah bagi hadiah awal2 dulu. Posing dengan kotak pun jadilah kan.. Sebagai kenangan gitu..

Comel tak kad buatan sendiri aku? >.<




Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah, yang penting semua orang happy.. Next birthday, bulan Januari nanti..



Anyway..

Happy Belated Birthday Aleen!
Moga panjang umur, murah rezeki & happy2 di samping orang tersayang.
=)




Ok, itu sahaja update untuk kali ni.



Next update will be about Fort William & Nevis Range trip.. Ski trip tanpa ski gitu.. =/

2 comments:

just.HY said...

ok...ni bday party ke? mewahhh dengan makanan!!! awesome!!! hahha

Hazwan Samian said...

haah, birthday party gitu.. mmg meriah makanan.. rasa macam nak amek kos kulinari pulak instead of farmasi.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited