Tuesday, May 25, 2010

Semalam





Semalam..

Pada siang hari, kami semua bertungkus-lumus memerah otak dan menggunakan segala kebijakan yang ada untuk menjalani ujian kelas makmal untuk 'Latihan Farmasi'. Ubat yang kami buat pada kali ini ialah Asid Salisilik 10 peratus dalam krim akues dan juga campuran potassium sitrat. *eh, sume benda aku nak alih bahasa, ape kes kan?*

Pada malam hari pula, tiba2 semua ahli2 kumpulan kami menjadi aktif tidak tentu pasal. Semua join main badminton yang dianjurkan Farrah Suraya aka Ana Pinkfreak. Dialah yang menyediakan 5 batang raket serta menempah gelanggang badminton di Vista B.

Farah & Farrah

Aleen & Anis

Semua orang bersemangat gila semalam. Rasa sihat pula setelah penat bersukan bersama teman2 rapat. Main lebih dari 4 round. Enak rasenye.. hahaha...

Farrah, nanti jangan malu2 ajak kitorang lagi tau..

:)

6 comments:

NikTim said...

bakunye XD

PahPihPuh said...

Hahah..krim akues n sitrat..x menahan u ollsss..

asid salisilik juga tidak mempunyai sebarang nasihat bagi dos yang disarankan oleh pengeluar

anisz said...

sakannn ayat..

anisz said...
This comment has been removed by the author.
aikasayang said...

awat anis mcm dok memegang senduk di dapur je?hehe..aleen siap posing lagi..main badminton ke kelas memsak ni?hehe

Iwa said...

haha.. ktrg mmg gila2.. pegang raket mcm pegang senduk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited