Saturday, December 29, 2007

Percutian Terakhir Tahun 2007 - Pulau Pangkor

Pada hari Jumaat yang lalu, aku telah mengikut keluargaku untuk ke Perak utk menghantar abangku pulang ke UiTM Seri Iskandar. Mulanya aku malas nk ikut, tp ikut jela sbb dh bosan duduk kt rumah lama sgt. Tak sbr2 nk masuk semester baru. Dah lama tak jumpa kawan2 semua.

Selepas menghantar abangku, kami terus bergerak ke jeti yang terletak di Lumut. Abangku tidak mahu ikut atas alasan ingin keluar dgn kawan (dating la tu, macam la aku tak tau). Kami tiba di jeti pada waktu tengah hari dan terus membeli tiket ke Pulau Pangkor. Kami tiba di Pulau Pangkor selepas 30 minit dan makan tengah hari di gerai yang terletak berhampiran dengan jeti. Nasi campur di sini memang sedap sehingga menjilat pinggan. Aku telah melantak nasi putih beserta lauk ayam merah dan pajeri nanas.


jeti Lumut

Selepas makan, kami menaiki van yang berwarna pink ke chalet kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Di sepanjang perjalanan, kami telah terserempak dengan monyet2 yang bersukaria di tepi jalan. Apabila tiba, kami segera check in dan tidur selama beberapa minit untuk merehatkan minda. Pada jam 4.45 ptg, kami menaiki van ke Kota Belanda dan juga Pekan Pulau Pangkor untuk membeli sedikit barangan. Aku telah membeli magnet peti sejuk manakala ibuku memborong berplastik2 ikan bilis. Di Kota Belanda, aku telah mengambil beberapa gambar. Tempat ini memang sudah byk berubah semenjak lawatan terakhirku di sini beberapa tahun dahulu.


masa kecil
masa remaja

Petang itu, kami bermandi-manda di pantai berhampiran tempat kami menginap. Ombak yang agak kuat membuatkan aku tidak gembira semasa bermandi-manda. Ibuku pula hanya mencelup2 badan sahaja. Aku dan adikku bermain di buaian berhampiran dan melompat2 kegirangan.

buai laju2
Malam tersebut kami makan di restoran yang terletak di sebelah chalet kami. Makanan di sini agak mahal dengan stail hotel. Hal ini adalah kerana banyak mat saleh makan di sini dan kurang orang Melayu makan di sini. Aku memesan nasi goreng ayam yang berharga RM5.90.



Keesokan paginya, kami menaiki bot ke pulau kecil berhampiran untuk berenang2 dan snorkelling. Kami tiba agak awal dan suasana di pulau tersebut agak sepi. Kami dibekalkan dengan roti untuk memberi makan ikans2 yang kebuluran. Memang kebulur ikan2 tersebut. Dalam sekelip mata sahaja, roti tersebut habis dibedal mereka. Aku melihat2 ikan dengan menggunakan goggle sewaan dan berenang2 di lautan biru. Kat tepi2 je, tak berani pergi ke kawasan dalam walaupun pakai life jacket. Aku ni mmg takut sedikit dgn laut dalam. Selepas 1 jam, keadaan di pulau itu sudah mulai sesak. Bot demi bot berlabuh untuk menjatuhkan penumpang mereka.


bagi ikan makan
Pada jam 10.30 pg, kami dibawa pula meronda2 kawasan pulau. Kami dibawa melawat batu2 besar berbentuk kepala buaya dan ikan paus. Selepas berjalan2 di atas air selama beberapa minit, kami dihempaskan ke tepi pantai. Kami segera pulang ke chalet dan bersiap2 untuk pulang ke Shah Alam. Seperkara lagi yang membuatkanku terpegun ialah kewujudan burung2 enggang yang bebas berkeliaran di pulau ini. Burung kebanggaan Sarawak ini memang sukar untuk ditemui di tempat2 lain.

Huh, rasa gembira sangat sebab dah lama tak mandi laut. Tak macam Mary, mandi swimming pool je.. Ape klas.. Hahaha...

3 comments:

wawa says shut up said...

iwa..
heeee..
besh nya kau punya hols ekkh..
jeles guee...

iwa lo takut air dlm ke ikan??
heee

athirahnadia said...

sempat lg tu mengutuk aku...
tak ley blah btol...
pape pun,aku sronok gak mandi kolam..peduli ape aku...haha..

eh,ko tak sabar nak start sem baru???huhu...aku rasa cam x nak balik intec tau...kene mengadap mamat tak guna tu lg...benci btl aku...huhu..

neway,mmg nampak bez percutian ko tu...tp kan,perak???remind me of someone ...em,aku benci salah sorang penduduk perak tau...hahaha...(phm2 la sape ek)

Iwa said...

aku tau sape yg ko mksdkn.. xyh infom pn xpe.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited