Sunday, December 23, 2007

Sambutan Aidiladha

Hmm.. kali ni, aku telah menyambut Hari Raya Aidiladha di Johor Bahru iaitu di rumah nenek sebelah ibuku.. Aku bertolak ke kampung pada hari Rabu pagi bersama ibu dan adikku.. Manakala ayah dan Angah bertolak pada malam itu iaitu selepas pulang dari kerja. Semasa tiba, 2 keluarga sudah pun tiba iaitu Mak Poji dan Mak Ina (kedua2nya merupakan adik ibuku)..

Pagi2 Khamis, tatkala mendengar takbir berkumandang di masjid yang terletak 1km dari rumah nenekku, aku segera bersiap2 untuk ke masjid dengan memakai baju rayaku yang berwarna biru muda beserta butang Habib Jewel (lawa, siap ber'diamond2' lagi).. Aku ke masjid bersama adik dan sepupu-pupu-kupu-kupuku...

Sesudah semayang, daging lembu bahagian ibuku dan makcikku pun tiba.. Beberapa pekerja pakcikku menolong memotong2 daging berkenaan manakala aku dan sepupu-pupuku bersukaria bermain laptop di dalam bilik..

Pada petang tersebut, nenek memasak daging masak merah dan pajeri nanas untuk kenduri tahlil beserta yasin pada malam tersebut. Kenduri ini hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat sahaja iaitu adik-beradik ibuku. 6 daripada 9 keluarga sahaja yang hadir (Mak induk dan pak su pergi haji, pak dil dan makcik julia ada tetamu di rumah, pak ngah sudah hilang berita). Selepas kenduri, aku melantak daging masak merah besera pajeri nanas kegemaranku.

Pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat, ibu memasak sup tulang yang sememangnya sedap. Aku bersama2 sepupu2ku melantak sup tersebut dengan roti. Angah pulang ke rumah pada petang itu kerana esok dia ada jemputan kahwin membernya.

Pada hari Sabtu pula, kami sekeluarga bergerak ke Segamat untuk melawat sepupuku yang comel iaitu anak Mak induk dan pak su yang pergi haji. Kami tiba pada waktu tengah hari dan dijamukan dengan nasi ayam yang enak. Alangkah ruginya kerana Siti Fatimah malu2 untuk berada dgn kami dan menangis apabila dipegang. Geramnya,,

Selepas itu, kami ke Batu Pahat untuk ke kampung sebelah bapaku pula.. Aku telah menolong nyai(nenek) membakar sampah di belakang sambil memotong2 batang pokok ubi untuk ditanam pada hari esok. Malam itu, kami makan sate di kedai wak ngadino. Satenye mmg sedap hingga menjilat kucing.. Byk kucing berkeliaran di kwsn itu..

Keesokan harinya, aku bgn pagi untuk menanam ubi.. Senang je, just cucuk batang ubi ke dalam tanah yang telah digembur oleh adik dan ayahku.. Selepas itu, kami pulang ke Shah Alam dengan aman.. Kami singgah untuk makan mi bandung di Parit Bulat, Muar.. Mi bandung di sini mmg sedap kerana mengandungi udang, sotong, ayam beserta sotong.. Slurppp.. habis licin satu pinggan aku bedal..

Selepas itu, kami terus pulang ke rumah, Setibanya di rumah pada jam 3.30 petang, aku segera solat dan terus online kerana Mary telah menyuruhnku check blog yang telah diupdatenya.. Selepas itu, aku terus menulis post ini.. hehehe... =)

2 comments:

athirahnadia said...

cun kan blog aku??tak sia2 aku suh ko tgk..haha...

uish,raya sakan ko ek...
aku tak de mood r nak bercerita psl raya aku kat blog...tgh2 sedih nie mmg tak de mood nak buat sume bnda...
gmbar pun aku tak amik tau drag(wlpn aku giler brposing..huhu)
em...
msti ko update header ko tu pakai photoshop kn??
bgus2...
=)

Iwa said...

aku pn xde amek gmbr satu pun tym raye aji.. malas ler.. nnt org pelik lak asyik amek gmbr je.. huhu, kerja x wat, amek gmbr je lebey.. hahaha..
xdela ssh sgt gne photoshop tu.. sng je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited