Saturday, December 1, 2007

Rumah Pusaka Ida di Kuala Pilah

Selepas penat berjalan2 di Perth, aku memenatkan lagi diri dengan berjalan di Sunway Pyramid dan Times Square. Memang hidup ini penuh dengan kepenatan. Tetapi, keseronokan yang dialami begitu berharga dan penat bukanlah topik utama. Aku amat bersyukur kerana dikelilingi rakan2 yang amat baik dan sekepala dengan aku. Tak perlulah aku sebut siapa, tahu2 sajalah siapa.

Pada hari Jumaat (30 Nov), aku telah pergi ke rumah Ida yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku pergi dengan menaiki kereta Azam. Pada mulanya, aku sepatutnya menaiki kereta 'seseorang' tetapi memandang 'seseorang' itu tidak jadi ikut, aku terpaksa meminta Azam mengambilku sahaja. Semasa mengambilku, Fadh dan Azery sudah pun wujud di dalam kereta Kenari berkenaan. Kami meneruskan perjalanan ke Semenyih dengan aku menjadi juru arah. Semenyih merupakan kampung Bella. Apabila tiba di simpang depan Kg Tanjung, kelihatan Bella berbaju oren berjalan seperti mak cik menjual kuih menuju ke kereta Azam. Agak kelakar juga kerana semasa Bella menghampiri kereta, Azam menggerakkan sedikit kereta ke hadapan. Jangan berasa pelik kerana kali ini, aku menyertai budak2 kelas 7M4 dan bukannya rakan sekelasku sendiri. Maklumlah, aku mmg suka menyibukkan diri dengan budak kelas lain.

Kami meneruskan perjalanan terus ke Seremban dan akhirnya tiba di Kuala Pilah. Sebelum tiba di rumah Ida, kami telah singgah di sebuah kedai makan untuk menjamu selera kerana semua orang sedang kelaparan pada ketika ini. Waktu pada masa ini ialah 5 petang. Aku memesan kuetiau goreng beserta air milo ais.

Kami meneruskan langkah dengan memandu terus ke rumah Ida sambil berpandukan suara Ida melalui telefon bimbit Azam. Jiran di hadapan rumah Ida akan melangsungkan majlis perkahwinan pada esok hari. Aku berasa amat pelik kerana tempat ini pernah muncul dalam mimpiku sebelum ini.

di depan rumah Ida

Kami disambut oleh Ida dan ibunya sedang memasak kuetiau goreng di dapur (kuetiau lagi). Aku dan Bella telah mempelajari cara mengupas sabut kelapa daripada mummy Ida dengan menggunakan sejenis alat yang rupanya seperti gunting gergasi. Selepas solat Asar, kami dijemput untuk makan di dapur. Selepas itu, kami bersiar2 di sekitar kampung berkenaan (rumah Ida merupakan rumah kampung yang agak besar) dan membeli roti kaya daripada bai yang membawa basikal. Ida juga membelikan kami aiskrim Malaysia berperisa oren. Selepas itu, kami bersembang2 di buaian di sebelah rumah Ida.


bersembang2 di buaian

Pada waktu malam, kami pergi ke pasar malam berdekatan untuk berjalan2. Azery memvolunteerkan diri untuk duduk di dalam bonet kereta. Nak tergelak kami semua melihat telatah budak sorang ni. Kereta tidak muat kerana Ida telah join untuk ke pasar malam. Ida membeli keropok lekor dan kuih Tokyo, Azery membeli kaya ball kegemarannya dan aku membeli apam balik yang rangup.

Setibanya di rumah, kami terus makan malam iaitu nasi putih berlaukkan ayam masak lemak cili api (sedap woo), ikan sambal dan tauhu telur. Masakan mummy Ida sangat sedap tetpapi memandangkan kami semua sudah makan banyak pada hari ini, kami hanya menjamah sedikit. Ida sahaja yang makan berulang2 kali. Air barli yang dihidangkan juga dilantak oleh kami (kecuali Azam yang tak minum air barli).

Suhu pada waktu malam agak sejuk dan aku, Azery dan Azam segera masuk ke dalam bilik tidur walaupun suara orang berkaraoke dari rumah depan sedang berkumandang. Oleh kerana penat, kami semua tidur dengan lena.

Keesokan paginya, budak lelaki bangun lebih awal daripada kaum wanita. Azam yang tidak tidur selepas Subuh pergi mencuci kereta sementara aku dan Azery masih lagi lena diulit mimpi. Pada jam 9.30 pagi, aku terjaga dan menjerit kepada Ida untuk bersarapan. Ida membeli roti kaya (dari bai semalam) dan kami melantak roti berkenaan sehingga habis. Oleh, kerana Bella ingin pulang ke Seremban untuk bertemu dengan sepupunya, kami bersiap2 untuj pulang pada jam 11.30 pagi. Sebelum pulang, kami dijamukan dengan makaroni berkuah putih. Yang penting, rasanya amat sedap dan aku menambah beberapa kali.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Ida, kami segera menuju ke Seremban. Di Seremban, kami telah singgah di Seremban Parade dan juga Terminal One. Di Seremban Parade, aku telah membeli sehelai seluar di Parkson dan Azam juga telah bertemu dengan rakan sekolah lamanya. Selepas itu, kami pergi ke Terminal One untuk menjenguk PC Fair di situ. Keadaan di Terminal One agak sesak dan tak best. Selepas itu, kami pulang ke Kuala Lumpur. Azam telah menghantarku pulang ke Shah Alam.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ida sekeluarga (walaupun tidak berkesempatan makan di restoran mummy Ida) dan juga kepada Azam yang sanggup mengambil dan menghantarku pulang. Walaupun kami semua tahu memandu, hanya Azam seorang sahaja yang memandu di sepanjang perjalanan kerana kami semua tidak tahu memandu kereta auto. hehehe... =p

2 comments:

britney said...

wah sastera sastera sastera, kalau nak sangat, nah baca buku usman awang ngan shahnon ahmad, apa diorang merapu pun aku tak tau, tapi yang aku tau, cikgu duk bagitau macam2 pasal karya2 diorang

Iwa said...

sastera mendenye.. dh aku mmg pcdai berkarya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited