Saturday, September 6, 2014

Asam Pedas Selera Kampung @Melaka

Assalamualaikum~

I'm back with more food entry. Maklumlah travel dah tak semenggah, so kita jalan-jalan cari makan la pulak ye. Hari tu kami sekeluarga ke Melaka untuk mencari masakan yang enak, so abang aku suggest satu kedai kat bandar, berhampiran dengan Mahkota Parade. Kat area uptown tu. Nama kedai Asam Pedas Selera Kampung.

Kedai ini sangatlah sesak! Ramai gila orang masa kami datang tu. Restoran ini terbahagi kepada dua bahagian, satu tempat aircond dan satu takde aircond. Bezanya, di bilik aircond makanan akan dihidangkan instead of pergi sendiri ambil nasi campur. Kalau nak nasi campur kena duduk luar.

Pelbagai masakan kampung boleh didapati di sini antaranya ialah obviously asam pedas, masak lemak cili padi, gulai, ulam dan sayur-sayuran. Ini adalah makanan yang kami nikmati pada hari tersebut.

Lauk banyak tapi tinggal korek2 je

Udang besar2

Daging salai masak lemak

Asam pedas pari

Kupang & sayur goreng

Asam pedas ikan tenggiri tapi pulangkan balik sebab taknak kepala.

Secara overall, sedap jugak makanan kat sini, harga pun ok. Hari tu makan 5 orang dalam RM58 je. Reasonable much? Alhamdulillah...

5 comments:

Kopiolimauice said...

ok la tak la mahal yg ptg sedap!

Farikica said...

Rasa mcm pernah lalu dpn kedai ni masa p Melaka hari tu..tp x masuk coz org ramai sngat...memang sedap eh sini..? blh try 1 fine day.. Hari ni blogwalking semua org post makan2 neh...lapar rasanya...

Hazwan Samian said...

@kopiolimauice

yup, x mahal sgt.. sedap pulak tu.. :)

@farikica

memang ramai gile hari tu.. especially weekend.. melimpah2 manusia, kena tunggu turn.. mknn sini mmg sedap.. hehe..

ain zulkarnaind said...

kedai ni dah lama kan. waktu belajar dulu lagi dah ada,sedap juga makanan nya.

rindu nak p melaka lagi :)

Hazwan Samian said...

@ain

mmg sedap tau.. sekali cuba, nak lagi 5 kali.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited