Tuesday, September 18, 2012

Bon Odori Festival 2012


Ini first time aku pergi ke Bon Odori Festival ni. Walaupun every year memang buat kat Shah Alam, tapi sebelum ni memang tak pernah jejakkan kaki ke festival ni. Seperti biasa, pesta ini dilaksanakan di Stadium Matsushita Seksyen 21. Bon Odori ini merupakan pesta bagi memperkenalkan budaya masyarakat Jepun kepada rakyat Malaysia secara amnya. Masuk adalah percuma, tapi bawaklah duit kalau nak beli sushi or whatever.

Aku pergi dengan Emie, dia yang drive. Kitorang pergi pun dah agak lewat sampai t-shirt kat gerai souvenirs pun dah banyak yang habis. Tinggal saiz besar ye. Memang ramai gila orang kat sini. Gerai makanan pun banyak. Antaranya ialah Sushi King, Livita, dorayaki, Pokka, dan pelbagai macam lagi makanan yang ada dijual di sini. Tapi kitorang beli dorayaki, air Pokka dengan Livita je. Malas nak beratur panjang. Queue pun memang panjang gilaaaaa, sesak betul.

Kalau pergi Bon Odori, tak sah la kalau tak amek kipas free. Kitorang amek bukan satu kipas, tapi sorang 5 kipas.. Tamak ke tidak? Rajin Emie dok pilih2 design kipas tu.














Ada beberapa sesi tari-menari. Kitorang pun menari gitu2 je. Ada beberapa orang atas stage, so boleh ikut gerak tari yang diorang perform. Setiap tarian diulang sebanyak tiga kali rasanya. Ramai jugak orang yang join menari ni, keadaan memang agak panas sebab orang ramai macam dalam tin sardin.









Lepas tu, ada persembahan menari pulak. Sebahagian trek larian ditutup bagi menempatkan persembahan ni. Rasa persembahan diadakan oleh budak sekolah Jepun di Malaysia. Cikgu dia pun orang Jepun. Diorang nari2 la pakai payung spiral yang beraneka warna. Siap ada sorang penari tu tercicir payung dia tapi nasib baik member dia sepak balik payung tu kat dia. Haha..







Lepas persembahan tamat, kitorang terus balik sebab dah maghrib. Kat sini ada disediakan tempat solat, tapi kitorang balik sebab nak solat kat rumah. Sempat je.

Ok la, ini saja pos ringkas untuk kali ni. Daaaaa~




2 comments:

Miss said...

woo still buat kat stadium tu ek..hem lama dah x pegi bon odori nih..best part time nari ramai2 tuh..

Hazwan Samian said...

yup, still buat kt stadium tu.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited