Ni cerita lama dah.. Masa kecik2 sekolah rendah dulu. Memang best dulu main pasang2 kereta dash. Kalau tak mampu beli jenama Tamiya, jenama Auldey pun jadilah. Murah sikit.. Tapi kenapa aku bangkitkan kembali cerita ni?
Haaaa, lately aku duduk belek2 ebay mencari barang2 yang best untuk dibeli. Idea Wanji la ni pada mulanya, bagi aku link kereta Tamiya Dash then aku pulak tertarik. Lama2 aku yang beli paling banyak. Hahaha...
|
Watak2 baik dalam cerita Dash Yonkuro |
|
|
|
Team Dash beraksi! |
|
|
Mula2 aku beli Cannonball & Dancing Doll. Tak jumpa yang biasa, tapi jumpa yang "plated body". Apa bezanya dengan yang biasa? Bezanya cuma body kit dia agak berkilat. Chassis dia still sama, motor dekat bahagian belakang.
Lepas tu, tak puas hati dengan koleksi yang ada, maka aku beli pulak Emperor, Burning Sun & Shooting Star. Yang ni lagi murah daripada kereta dua biji sebelum ni. Seller dia dari Jepun, tapi alhamdulillah dalam masa seminggu kereta2 ni tiba di Glasgow. Ada lagi satu kereta dash special yang aku beli iaitu Emperor Black Special. Sama je dengan Emperor cuma warnanya hitam dan agak style. Empat biji kereta ni lain sedikit daripada Cannonball & Dancing Doll sebab yang ini Pro punya. So, motor dia bukan kat belakang, tapi dekat tengah. Cara pasang chassis dia pun lain.
Gambar2 kotak:
|
Siap beli enjin merah lagi tu... =) |
Gambar2 proses:
Inilah hasil kereta-kereta Dash yang sudah siap dipasang. Oh, rindu sungguh pada zaman kecik2 dulu...
|
Dash 1 - Emperor Black Special |
|
Dash 1 - Emperor |
|
Dash 2 - Burning Sun |
|
Dash 3 - Shooting Star |
|
Dash 4 - Cannonball |
|
Dash 5 - Dancing Doll |
Tapi kan, mana nak cari trek lumba dia? Cari kat ebay pun susah nak jumpa. Yang ada pun mahal gila! Dulu kat rumah ada, tapi dah kena buang sebab tak pakai.. =.=