Monday, July 7, 2008

Kunjungan Azri Marican

Minggu lepas, Azri Marican telah datang ke rumah aku. Dia datang pada hari Rabu petang. Aku memang dah lama tak jumpa dia semenjak dua tahun yang lalu. Rupa dia, saiz dia semua masih sama lagi. Haha..

Mulanya, kami ingin keluar bersama bersama Izzat, tetapi Izzat ada hal pula di Kedah dan tidak sempat pulang. Aku ingin mengajak Helmi tetapi dia pula sibuk melawat Mak Su dia di Johor. Akhirnya aku dan Azri keluar berdua je sebab dah tiada orang lain untuk diajak.

Pada hari Khamis, kami pergi ke SACC Mall dengan tujuan mencari kasut untuk Azri. Dia nak beli kasut untuk dibawa ke oversea nanti. Katanya, dia dah dapat tawaran ke University of Bristol bersama-sama dengan Wazir. Selepas ke SACC, kami ke Kompleks PKNS dan seterusnya ke Plaza Alam Sentral. Semua tempat ini boleh ditujui dengan hanya berjalan kaki. Maklumlah, Shah Alam ni kecil sahaja.

Pada Jumaat, pada mulanya kami ingin ke One Utama. Tetapi oleh sebab Izzat tidak dapat hadir, maka kami pun pergi ke Bukit Raja sahaja untuk menonton wayang. Kami menonton cerita Wanted lakonan James McAvoy dan Angelina Jolie. Cerita ni memang best tetapi pada mulanya tidak berapa faham jalan ceritanya. Efek peluru semua memang best. Selepas itu, kami makan malam di Pizza Hut SACC dan mencuba menu Starbites yang baru. Sedap juga pizza ni, ingatkan tak kenyang, rupanya kenyang juga.

Selain itu, kami juga bertukar2 video daripada laptop masing2.. Antara video yang aku ambil daripada Azri ialah video My Girl OST - Never Say Goodbye..

video
Marion & Nesty - Never Say Goodbye
My Girl OST



Pada jam 10.05 malam, aku menghantar Azri ke stesen bas di Seksyen 17. Tiket basnya ke Kulim adalah pada 10.30 malam. Selepas bersalam-salaman dan mengangkat beg, aku pun meninggalkan Azri di situ. Setibanya di rumah, Azri mengSMS aku menyatakan bahawa dia sudahpun menaiki bas.

Hmm, lepas ni tak tahu la bila lagi boleh berjumpa dengan kawan-kawan MRSM Beseri dulu. Reunion untuk budak-budak kelas E (kelas aku) sudah pun aku aturkan pada 2 Ogos nanti. Harap ramai yang dapat hadir sebab memang dah lama tak jumpa mereka (kecuali yang duduk dekat-dekat sini).

Rindu mereka semua~

4 comments:

athirah said...

wah2...
jumpe kwn2 lame ek ko...
same la cam gue~
hehhe..
;p

♥fazD♥ said...

rindu kamu jugak~
huhu~

*wink*

Iwa said...

aku rindu kt sume org.. hehe..

azri marican said...

wah, kunjungan aku pun blh dijadikan blog, hehehehehehe best2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited