Friday, April 4, 2008

Fadh punya besday

Selepas menyambut hari jadi Badd minggu lepas, kini giliran Fadh pula menyambut hari jadinya yang ke 20. Selamat hari jadi diucapkan. Semoga panjang umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Kali ini, sambutan hari jadi ini dilaksanakan di McD Seksyen 18 Shah Alam. Party kali ini disertai oleh Azam (sudah pasti), Aku, Helmy, Badd, Azery, Bella, Ida dan tambahan Wawa dan Najwa. Kali ini, party ini bukan secara berlapan, tetapi secara bersepuluh.

Aku menikmati hidangan Chicken McDeluxe yang sedap, pedas dan sedap dan pedad dan sedap dan pedas dan ...... Kami melonggokan kentang2 goreng di atas satu dulang dan kami taburkan pepper di atasnya. Memang sedap. Wawa dan Azery asyik usik-mengusik semasa sambutan berlangsung. Tidak kurang juga Helmy yang kena lahar dengan mak cik Ida dan Bella. Sentap rasanya!

Ida, Bella, Helmy dan aku

Najwa tak sabar2 nak makan

Aksi Wawa dan Badd memulakan suapan

bersama Azery

Tiba masa yang sesuai, Fadh pun membuka kek Secret Recipenya. Dengan tekaan yang betul, Azery meneka kek yang mereka beli iaitu Tiramisu yang rasanya seperti kopi. Sedap juga kek ni, tetapi cepat muak apabila dimakan begitu sahaja.

Aksi memotong kek yang malu2

Secara tiba-tiba, kami menghulurkan hadiah kami kepada Fadh dan Fadh kelihatan tersipu2 malu. Fadh dan Azam dalam persalinan hijau gelap pada malam ini. Kelihatan sedondon dan secucuk. Tetapi Badd menyepoilkan keadaan sebab Badd pun memakai baju hijau gelap. Selain itu, aku dan Helmy juga memakai baju Spongebob yang sama design tetapi lain warna. Hehe.. Memang lahar..

Suapan berempat

Kami menyanyikan lagu hari jadi untuk Fadh dan Fadh kelihatan cemas dan malu2.. Hahaha..
Kami juga sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Secara keseluruhannya, sambutan kali ini lebih meriah dan lebih bising berbanding sambutan hari jadi Badd minggu lepas. Dah la Azery tak datang masa birthday Badd. Apa-apa jer..

2 comments:

Anonymous said...

haha..party yg agak menyeronokkan gak ar!!
tpkan mlm tuh sgt best..sbb bella asek kena kaco ngn kt..selalu kt je yg kena ngn die..

Hazwan Samian said...

ape2 party yang ade kte mmg la best.. hehe.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited