Friday, April 18, 2008

Perancangan Mengejut Ke Sunway Pyramid

Pada hari ini (Isnin) semasa di kelas, aku telah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Helmy. Apabila aku menjawab panggilan tersebut, bukan suara Helmy yang ku dengar, tetapi suara Ida Nadiena Nadya. Ida menyuruhku keluar dari kelas untuk membincangkan sesuatu perkara. Sebaik sahaja Ida keluar, Helmy dan Bella menyusul ala-ala Miss World berjalan di atas pentas.

Rupanya-rupanya, mereka ingin mengajakku keluar kerana kelas kami tamat pada waktu yang sama iaitu pada pukul 12 tengah hari. Aku pun bersetuju walaupun agak terkejut dengan ajakan tersebut. Aku sebenarnya memang sudah tiada mood untuk bershopping memandangkan duit pun makin lama makin berkurang di dalam akaun. Duit yang aku ada mungkin cukup-cukup sahaja sehingga selesai peperiksaan A-Level nanti.

Sebaik sahaja kelas tamat, kami terus menuju ke bus stop depan Intec untuk mengambil teksi terus ke Sunway Pyramid. Setelah melihat keadaan bus stop yang ramai, kami terus ke bus stand yang terletak jauh sedikit untuk mengambil teksi kerana di sana terdapat lambakan teksi. Sebelum itu, aku telah menyerahkan beg aku kepada WanG untuk dibawa pulang ke kolej dan aku hanya membawa payungku sahaja in case kalau hujan nanti. Kami pergi dengan berpakaian formal, aku dan Helmy memakai kemeja dan seluar hitam manakala Ida dan Bella memakai baju kurung. Tujuan kami ke Sunway Pyramid ialah untuk membelikan hadiah kepada rakan-rakanku yang akan menyambut hari lahir pada bulan Mei nanti. WanG pada 10 Mei, Helmy pada 11 Mei dan Fairuz pada 12 Mei. Memang pokai aku sebab kena beli hadiah untuk ketiga-tiga orang sekali.

aksi beramai2 di dalam lif

aksi panas Sufiah, eh silap, Ida Nadiena Nadya

Setibanya di Sunway Pyramid, kami berjalan-jalan di Jusco di mana aku membeli teddy bear, di IP Zone membeli t-shirt round-neck, dan di Topman membeli boxer untuk Helmy. Grand eh, boxer pun nak beli di Topman. Nasib baik harga berpatutan, mampu juga la aku beli. Di Everlast, Ida dan Bella bersetuju untuk membelikan sepasang kasut untuk aku sempena hari jadiku pada 29 April nanti. Memang terkejut aku sebab diorang sanggup membelikan hadiah untuk aku walaupun hari jadiku masih beberapa minggu je lagi. Untuk Helmy pula, Ida dan Bella membelikannya 2 helai t-shirt round-neck di Giodarno. Memang lawa dan cantik design baju tersebut. Helmy pula berkongsi duit dengan aku untuk membelikan aku beg baru.

Oleh kerana kami semua berpuasa (kecuali Ida), kami amat gembira kerana tidak perlu bersusah payah mengeluarkan duit untuk makan tengah hari. Memang jimat. Selain itu, kami singgah di Romp, Parkson, dan bermacam2 kedai lagi untuk mencari barang yang sesuai dijadikan hadiah.

berehat di Parkson

berposing di Fitting Room Giodarno

aksi ala-ala alim di depan surau

Kami pulang ke kolej pada jam 4 petang dan pada waktu itu, hujan renyai-renyai sudah pun turun. Kami agak kepenatan, maklumlah, berjalan-jalan sambil berpuasa memang memenatkan. Setibanya di kolej, aku tidur sebentar dan dikejutkan Helmy untuk ke pasar malam.

Hari ini merupakan hari yang sangat best memandangkan aku mendapat hadiah hari jadi yang agak awal daripada Ida, Bella dan Helmy. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sanggup menghabiskan puluhan ringgit untuk membeli hadiah untukku. Koranglah kawan yang terbaik yang pernah aku ada selama ini.

Hadiah yang aku dapat hari ini:
1. Kasut Everlast daripada Ida dan Bella
2. Beg EX daripada Helmy

Hadiah yang Helmy dapat:
1. DUA helai t-shirt Giodarno daripada Ida dan Bella
2. Boxer Topman daripada aku

Memang agak grand hadiah yang aku dapat daripada diorang ni. Memang lahar.

Aku berharap agar persahabatan kita semua kekal selamanya...

"Takut nak menghadapi tempoh selepas tamat A-Level nanti sebab akan terpisah dengan ramai rakan karib dan akan dibelenggu kebosanan duduk di rumah"


3 comments:

Anonymous said...

helmy****sayang

thanx 4 the trunk
best ever bday presents,even it is very in advance
most memorable fasting day ever in ma life
sdey gay ble a level da abes,dahla kna fork out byk duit tuk msok IMU nt,klu ak ni anak Sultan Brunei,bley ak blanja mber2 baek ak kt Times Square,SP and of course OU(xpnah jejak kaki kt cni)

Anonymous said...

helmy****sayang

ada x anugerah Ratu Giordano stakat ni?klu ada, spe la pemenangnye ek?

hehehe =p

Hazwan Samian said...

yeow.. nk la tu.. ngada2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited