Friday, April 11, 2008

Sambutan Hari Jadi Anis yang Serba Ringkas

Hari itu, aku menyambut hari jadi Anis bersama Ida, Bella, Cipak, dan Azery. Kali ini, sambutan ini terjadi di KFC Seksyen 18 dan diadakan pada Selasa petang. Badd tidak mahu ikut kerana mahu tidur petang, puas aku dan Azery memujuknya tetapi dia tetap berdegil.

Hujan renyai2 turun bagaikan mutiara tetapi aku tetap pergi ke KFC. Aku dan Azery singgah di Pak Li Kopitiam sebentar kerana Azery mengidamkan Mi Mamak. Haruskah? Mengandung ke apa? Hehehe.. Anis membelanja kami semu aiskrim Sundae coklat yang amat sedap hingga menjilat cawan.

Di KFC, kami memesan menu terbaru KFC iaitu nasi ayam. Nasi ayam ini dihidangkan bersama 2 ketul ayam KFC, sup bebolala ayam serta timun segar dan air berkarbonat yang amat tinggi kandungan glukosanya. Komen aku tentang menu terbaru ini ialah biasa sahaja. Tidak seistimewa nasi ayam lemon Pak Li kerana rasanya sama seperti makan ayam KFC bersama nasi biasa beserta sos cili. Menu ini ketiadaan kicap, sambal serta salad segar. Walaupun begitu, aku tetap menikmati hidangan yang lazat ini.

Ida menyanyikan lagu Happy Belated Birthday kepada Anis tetapi hanya dinyanyikan sekerat jalan kerana tiada sambutan orang ramai. Kesian Ida. Seperti biasa, kami melahar2, bergosip serta membuat bising di KFC tanpa segan silu. Tiba masanya, kami memberikan Anis hadiah untuk hari jadinya walaupun hari jadinya sudah 4 hari berlalu iaitu pada Jumaat lepas. Anis bagaikan tidak sabar untuk membuka hadiah yang diberi.

Sambutan ini memang amat ringkas dengan ketiadaan kek hari jadi dan tiada sesi bergambar yang disukai aku. Walaubagaimanapun, Anis telah pun memberikan aku kek pada Jumaat lepas semasa menunggunya di bus stop untuk pulang ke rumah tercinta di Behor Goncar, Perlis. Sedap juga kek Chocolate Almond dari Four Season itu. Amat sedap, mampat dan bercoklat dan juga mempunyai kipas di atasnya. Aku masih lagi menyimpan kipas berkenaan yang akan berpusing apabila ditiup angin mahupun aku sendiri.

Apa-apa pun, terima kasih kepada Anis kerana membelanja kami aiskrim sundae. Paling kurang pun, harga secawan sundae mencecah RM3.

Kami pulang ke kolej pada waktu hampir2 maghrib kerana Ida katanya ada temu janji dengan hot stuff. Apa-apa jer.. Daa~~

"Hari yang indah"

=)

4 comments:

anakmu sayang said...

yey..ada chance untuk bersatu semula..my happy family ^-^

Iwa said...

ktrg mmg bersatu tau.. x penah berpecah.. hehe..

anakmu sayang said...

alhamdulliah..skrng misi untuk bpk tiri..misi mencari menantu..haha..i'll leave to u sbb mak xkasi cari mat salleh..kena la cari melayu tulen :P

Iwa said...

Ape? Mak ko x kasi carik mat saleh?
Mat saleh la best, nnt dpt anak yang lawa2.. hehe..
baru berkembang keturunan.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited