Friday, March 28, 2008

Besday Badd yang disambut 3 kali!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO BADD,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


Pada 26 Mac yang merupakan hari jadi Badd, kami telah mengadakan 3 kali sambutan. Pertama sekali ialah dengan classmate Badd, kedua dengan housemate dan bilik depan dan yang ketiga ialah dengan budak2 kelas 7M4.

Sambutan pertama terjadi di KFC iaitu pada malam hari jadi Badd. Seperti biasa, kami akan sampai dulu walaupun orang yang disambut ialah Badd. Budak2 lain memang tidak bertanggungjawab. Kesian Badd kena tunggu. Antara perkara menarik yang berlaku ialah Charles menganjurkan beberapa jenis permainan IQ yang sememangnya mencabar minda seperti baling2 kunci dan rahsia hitam. Ramai juga yang hadir pada jamuan ini. Antara classmates Badd yang tak datang ialah Yus, Lui dan Cheng dan yang lain semestinya hadir. Watak tambahan kali ini ialah aku, Azery, Cat dan Elia (datang kejap je). Kek yang dihidangkan ialah Chocolate Banana dari Secret Recipe yang ditaja penuh oleh Badd sendiri. Suasana di KFC agak bising malam itu dan orang2 lain asyik sibuk2 je memandang ke arah kami. What the F? Badd menerima pelbagai jenis hadiah dan kami berasa amat seronok pada malam itu.

suasana meriah hanya di KFC

kabur mabur gitu

yummy! kek chocolate banana

Sambutan kedua berlaku sejurus kami pulang dari KFC dengan membawa kek Glory Berry dari Baker's Cottage. Jemputan kali ini ialah penghuni bilik Cemara 8206 dan 8206. Antara yang hadir ialah Helmy, Faiz, Mibo, Tee Tat, Haleem, Azery dan semestinya aku. Eh, apsal Haleem pun ada walaupun dia bukan haousemate kitorang? Mesti korang tertanya2.. Ini adalah kerana Haleem seringkali melawat bilik Helmy dan aku pun dah mengenali dia. Lagipun, kitorang terserempak dengan dia semasa pulang ke Cemara malam itu. Kitorang pun jemput la dia sekali. Sambutan secara kecil-kecilan ini amat ringkas tetapi mampu memberikan kepuasan kepada kami semua. Shira memang layak menang.. Pada malam itu, Badd disimbahi dengan tepung yang dibancuh bersama telur yang merupakan resipi Apal. Pada mulanya Apal ingin menggunakan bedak, tetapi oleh kerana Senah yang jahat telah memberi mandat kepadanya, dia pun memberi duit kepada Apal untuk membeli telur dan tepung. Kesian Badd, penat dia menyorok di bilik TV.. Hehe.. Kena juga akhirnya.. Pada malam ini, Badd menerima hadiah daripada aku (dan Ida dan Bella), Azery kasi patung tikus yang gemuk dan Helmy memberikan patung sotong pink yang comel. Suasana party pada malam ini amat menepati imaginasi aku dan Helmy yang berangan2 nak buat party secara besar-besaran pada hari jadi kami nanti. Hari jadi aku dan Helmy berbeza 2 minggu sahaja.


Kek Blueberry yang menawan hati

Aksi Badd memotong kek

Tee Tat, Iwa, Helmy, Badd, Azery dan Faiz (Mibo tukang ambil gambar)

Menikmati kek bersama Helmy.. She DESERVED to win!

Sambutan ketiga berlaku pada malam tadi, iaitu malam Khamis. Kami dinner di Chicken Rice Shop. Sasaran kami kali ini ialah pelajar2 7M4 yang agak rapat dengan kami iaitu Helmy, Ida, Bella, Fadh dan Azam. Azery tak datang sebab cir-bir.. Hehehe... Seperti biasa, orang yang disambut akan sampai dahulu kerana orang2 lain tidak reti menepati masa. Dah la kitorang nak tengok American Idol malam ni.. Kacau betul.. Kami amat respect kepada Azam dan Fadh yang sampai dahulu berbanding Ida dan Bella walaupun Azam dan Fadh baru sahaja balik dari Low Yatt membaiki laptop Azam yang rosak. Terima kasih diucapkan. Kepada Ida dan Bella, lain kali datang cepat sikit. Korang bukannya mekap2 pun.. Kepada Azery pulak, lain kali kalau tak jadi datang, telefon la bagitau kitorang apa yang terjadi. Ni tak, kesian Helmy, dia pulak yang kena telefon ko. Tapi kitorang memang mengumpat ko je Azery malam tu. My bad! Haha.. Tapi ko memang tak patut buat macam tu memandangkan Badd merupakan sahabat ko.. Kesian Badd, terasa bagai dikihianati kawan sendiri. Huhu.. Apapun, kek pada malam ini ialah kek Flacky Chocolate dari Baker's Cottage. Fadh memberikan Badd teddy bear.

Kek Flacky Choc! Hmm... Slurp...

Aku, Badd dan Helmy cepat2 pulang ke Cemara apabila jam menunjukkan jam 9.30 malam. Kami berjalan agak laju kerana tidak mahu ketinggalan American Idol. Setibanya di bilik TV blok 8, sudah ada orang yang menyibuk kat dalam tu, so, kitorang pun pergi ke blok 6. Kami terlepas melihat persembahan Ramiele Malubay yang suaranya agak sedap. Siap ko Ida dan Bella, lain kali kalau korang lambat lagi, aku sepak2 korang, Aku baling Cipak kat korang. Baru ko tahu.. (Sorry Cipak!)..

Huh, memang grand sambutan besday Badd kali. Sebelum ni, Badd jarang2 menyambut hari jadi sebab keluarganya jenis yang tidak menyambut besday. Terima kasih Badd kerana sanggup membeli 3 biji kek yang sedap (aku topup sikit je)..


4 comments:

athirahnadia said...

bapak r grand smbutan birthday matwan nie...

aku pn smbut dua kali jer dgn 3 biji kek thn lps..(nk gak sebut tu)hahaha...

tp smbutan kat kfc mmg best..bising giler r.. :)

idea yg senah bg mmg gempak.tu gabungan idea kitorang brsama..hahaha..ape klaz pakai bedak jer.. :p

Iwa said...

eee... jahat.. korang jahat.. (gedik2) haha
tp aku mmg x involve dlm aktiviti membaling bancuhan tepong tu.. aku mmg baik.. x buat mende2 jahat kt kawan...

Anonymous said...

weh!!
ade hati na kutuk ak ngn bella ye~ ;p
xpe2..
ala bkn nye sengaja pon..
xsengaja la..
ada date ngn agha ngn sanu =)
bkn xmo make up, tp nnt tkt krg g xkenal ktrg n terpegon melihat ktrg ;p
hehe...

Iwa said...

dor~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited