Saturday, February 2, 2008

Majlis Pertunangan Angah

Pada hari ini, Jumaat 1 Feb, abang aku akan bertunang dengan gadis pilihannya yg juga merupakan orang Shah Alam. Rumah pihak perempuan terletak di Seksyen 7. Majlis pertunangan diadakan di rumah perempuan dan bermula pada jam 8.30 malam.

Kami sekeluarga memakai baju berwarna biru (baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki). Pihak lelaki menghantar hantaran sebanyak 7 dulang dan dibalas 9 dulang. Hantaran kami bertemakan warna emas dan digubah oleh rakan ibuku.

hantaran pihak kami

Setelah semua saudara-mara dan kawan Angah berkumpul di rumahku, sebaik sahaja selesai solat maghrib, kami segera bertolak ke rumah pihak perempuan. Rombongan kami terdiri daripada 6 buah kereta.

di depan pagar rumah perempuan bersama Atih, Kak Aiman dan Anisah

Kami disambut mesra oleh keluarga pihak perempuan dan dijemput masuk ke ruang tamu di mana dulang2 hantaran diletakkan. Ramai tetamu sudah pun hadir. Majlis berjalan dengan lancar kecuali semasa menunggu awek abang aku turun kerana jurusoleknya dikatakan datang lambat. Walaupun begitu, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Dan selepas itu, acara menyarung cincin pertunangan diadakan. Ibuku menyarungkan cincin ke awek abang aku,

hantaran pihak perempuan

di depan rumah perempuan

Selepas itu, kami dijamu dengan hidangan nasi beriani berlaukkan ayam goreng, pajeri nanas, daging dendeng dan kuah dal. Selain itu, terdapat juga roti jalan dan laksa penang serta beberapa kuih-muih dan buah-buahan. Minuman yang disajikan pula ialah air sirap bandung dan teh tarik.

masa makan

bersama Along di pintu depan

Selepas sesi bergambar diadakan, kami membawa pulang 9 dulang hantaran pihak perempuan dan pulang ke rumah. Selepas itu, pakcik2 dan makcik2 aku juga pulang ke rumah masing2. Beberapa minit kemudian Mak Induk dan Pak Su serta Siti tiba di rumah kami. Along juga masih belum pulang ke rumah dan pulang pada jam 12.30 pagi.

- penat juga mencuci pinggan di dapur
- tapi rasa best sbb dapat pergi rumah yg serba mewah
- rumah pihak perempuan merupakan antara lokasi penggambaran drama bersiri Spa-Q

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited