Saturday, February 2, 2008

One Utama

Pada hari Rabu yang lalu, sebaik sahaj mendapat berita yg duit scholar dah masok, aku, Badd dan Azery terus merancang utk dinner di McD pada malam itu. Dinner kami disertai juga oleh Ida Idot dan Bella. Helmy pada mulanya nk ikut, tetapi oleh kerana kepenatan bermain badminton pada petang itu, dia tiba2 berperangai seperti mak datin kerana tidak mahu ikut serta dalam dinner kami. Selepas mencucuk duit, kami segera ke McD dan memesan makanan kami. Alangkah geramnya aku kerana attendant di kaunter yg aku pilih amat lembab sekali kerjanya sehinggakan Badd yang beratur di barisan lebih panjang mendapat makanannya dahulu.

Azery dan Badd memilih tempat di bahagian atas dan di kawasan yang paling terperuk dan tersorok supaya kami semua boleh melahar dgn mulut laser kami. Antara perkara menarik yang berlaku:
- Badd seorang sahaja tidak memesan Prosperity Burger kerana gedik dengan Big Macnya.
- Ida dan Badd mendapat title 'buncit'
- Ida dan Badd tidak kisah dipanggil buncit
- Gelak tawa Badd amat kuat sehingga membuatkan seluruh restoran terpaku terkelu terdiam seribu bahasa
- Ida berpasangan dengan Badd dan aku berpasangan dengan Bella yg cute. Sebaliknya, Azery tidak berpasangan kerana tidak laku

Pada keesokan harinya, selepas balik dari kelas, dan semasa aku sedang tidur petang, Badd mendapat panggilan telefon daripada Senah yang mengajaknya ke One Utama pada petang itu. Lantas Badd mengajakku sekali. Dah setahun aku tidak menjejakkan kaki ke OU..

Kami bertolak pada jam 5.20 petang (agak lewat) dengan menaiki kereta Elia. Turut serta ialah Senah dan Pah. Setelah memberikan Senah kad ucapan Birthday yg aku buat sendiri, kami segera bergegas ke One Utama.

Kami tiba di OU pada jam 6 petang dan terus berjalan mencuci mata di kedai2 di dalam bangunan tersebut. Antara kedai yg kami lawati ialah Padini Authentics, Vincci, Romp, Esprit, Topman dan pelbagai lagi yang menarik. Aku telah membeli sehelai kemeja di FOS yg berharga RM39.90.. Aku memang gemarkan baju yg tidak berapa mahal.. Elia dan Senah membeli sepasang kasut manakala Badd membeli t-shirt di PDI..

Selepas solat maghrib, kami makan di KFC dan selepas makan, kami singgah sebentar di Jusco dan Sasa untuk mencuci mata buat saat2 akhir. Aku telah bertembung dgn Shauqi iaitu schoolmate aku di MRSM Beseri dulu. Dia baru sahaja tamat A-level dan akan fly ke India pada bulan Mac ini. Selepas Pah dipulangkan oleh boifrennya, kami pun pulang ke Shah Alam.

Sebelum masuk ke kolej, kami singgah di kedai mamak Al-Awwal utk minum malam walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.15 pagi.

Selepas membersihkan diri, aku dan Badd bersembang dengan Helmy sehingga jam 1 pagi dan aku terus masuk tidur kerana esok aku ada kelas agama.

- huh, shopping selama 4 jam memang x cukup terutama sekali di OU yg amatlah besar
- aku tidak puas dgn pembelian aku pada hari ini

Hmm, xpelah, boleh pergi lagi pada hari lain memandangkan Elia sudah tahu jalan ke OU

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited