Friday, February 15, 2008

Valentine Ke? Jika bersama 4 orang...

ros putih pemberian 'mereka'

Pada hari Khamis yg lalu yg kononnya hari Valentine, aku telah mengajak Anis, Cipak, Ida dan Bella utk dinner bersamaku di KFC...

Aku, Ida dan Bella turun ke pondok pak guard cemara utk menunggu Anis dan Cipak. Sementara itu, kami sempat melahar dan berborak dengan abg Hanin dan abg Fuad yg sedang membuat assignment di meja putih di situ. Selepas beberapa minit (agak lama), kelibat Anis dan Cipak mulai kelihatan.

Kami segera berlabuh ke KFC kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 ptg. Semasa dalam perjalanan, kami bertembung dengan beberapa ekor ulat beluncas yg bersepah di atas pokok dan juga di atas rumput. Geli-geleman aku tengok sebab ulat2 tersebut sebesar jari. Dah la Ida terpijak seekor, kesian dia..

Semasa di KFC, aku menjamu Colonel Rice Combo sama seperti Cipak manakala Anis dan Bella memesan Sback Plate dan Ida memesan XL Burger yg saiznya x sebesar mana pun.. Selepas berborak2 dan membuat bising sehingga ramai yg memandang kami, hujan pun turun dengan lebatnya. Oleh kerana ingin menunggu hujan reda, kami teruskan berbual sehingga 7.40 mlm.

Selepas itu kami pun beransur pulang. Sebelum wanita2 tersebut pulang, aku telah memberikan mereka hadiah sempena meraikan wanita2 yg single. Haha.. Gtu..

hadiah utk 'mereka'

Aku dan Cipak berlari2 meredah hujan manakala Bella dan Anis menumpang payung Ida. Selepas beberapa minit terpisah dengan 3 wanita tersebut, Ida pun menelefonku menyuruhku tunggu dahulu. Apabila kami bertembung, dengan tidak diduga............

Bella telah memberikan aku sejambak bunga ros putih. Aku amat terkejut tersipu2 dan mengucapkan terima kasih2 byk2 kepada kesemua wanita tersebut. Selepas itu, kami pun pulang ke kolej masing2..


berposing dgn bunga

2 comments:

athirah said...

ape commnt kat atas nie iwa??

virus??ada kaitan ngn ko ke??

haha..

neway,ko dpt bunga??wah2...manenye bunga utk aku jgk??x ley jd nie...

Iwa said...

ntah, blog gue kne virusi kot.. aku pun x tahu.. huhu..
apsal lak aku kne kasi bunga kt ko?
soh la JANTAN tu bg kt ko.. ahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited