Friday, February 15, 2008

Sunway Pyramid bersama Helmy dan Ida


Pada hari Rabu masa cuti Raya Cina aritu, aku, Helmy dan Ida secara tiba2 telah pergi berjalan2 di Sunway Pyramid. Kami tidak merancang untuk keluar pada hari itu sebenarnya, tp oleh sebab Badd keluar ke Midvalley bersama kawannya dan Azery juga sudah keluar bersama kawannya, kami pun mengambil keputusan untuk keluar juga.

Kami bertolak dengan menaiki teksi di Esso Seksyen 18. Pada mulanya pak cik teksi meletakkan harga RM25, tetapi setelah tawar-menawar, kami berjaya mendapat harga RM18, iaitu RM6 seorang. Tujuan kami ke Sunway ini adalah untuk membeli hadiah hari jadi Bella walaupun hari jadinya sudah berlalu.

Kami berjalan2 di Romp, Romp, Romp, Romp... (ulang 10x).. Dan juga Padini Authentics, dan beberapa kedai lagi yg aku pun x ingat kedai mana yg aku dah singgah. Aku dan Ida membeli hadiah Bella di Jusco. Aku membelikannya bantal 'lover' manakala Ida membeli sarung handphone Golla. Helmy pula tidak membeli hadiah untuk Bella kerana dia sudah pun tahu apa yg perlu dibeli utk Bella.

Semasa di Romp, aku telah membeli cardigan hitam manakala Helmy membeli 2 helai jeans biru. Di Seed pula, aku dan Helmy membeli sehelai kemeja jalur2 walaupun pada masa itu kedai hampir tutup kerana orang2 Cina ingin pulang ke rumah utk majlis makan malam sebelum Chinese New Year. Pada jam 5 petang, kebanyakan kedai sudah mula tutup. Nasib baik sempat membeli beberapa barang... Kami singgah juga di I.P.Zone dan membeli beberapa helai baju. Helmy membeli baju yg bertulis 'Shake What Ur Momma Give U'.. Agak lawak perkataan tersebut. Baju2 di sini amat murah sehingga mencapai belasan ringgit jor..

Kami makan malam di Laksa Shack. Aku memesan Curry Laksa manakala Ida dan Helmy memesan Tom Yam Laksa. Selepas memedaskan lidah dengan makanan di situ, kami pun solat maghrib. Selepas solat, kami bergambar di hiasan bertemakan Chinese New Year. Byk juga gmbr yg kami tangkap.

at Laksa Shack

Ida tidak membeli apa2 pun kecuali hadiah Bella, roti Aunt Anne's dan makanan.

me & Ida

me & Helmy

Selepas itu, kami segera pulang dengan menaiki teksi yg berharga RM25. Kami terpaksa menunjuk jalan kepada pak cik teksi kerana dia tidak berapa hafal jalan ke Shah Alam. Kami tidur dengan gembira pada malam itu. Kami juga merahsiakan pemergian kami ke Sunway Pyramid.


Hmm, memang best shopping bertiga sebab x byk kerenah yg berlaku. Hasil pembelian hari ini ialah:
- kemeja SEED
- cardigan Romp
- t-shirt I.P.Zone

Walaupun x byk sgt barang yg dibeli, aku amat berpuas hati dengan pembelianku...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited