Wednesday, September 25, 2013

Jamuan Raya Jabatan Farmasi HSIJB


Sekarang baru ada mood nak tulis balik blog. Maaf ye kawan2..

Ok, kali ni pasal jamuan hari raya Jabatan Farmasi Hospital Sultan Ismail pula. Berlangsung pada hari Khamis. Semua staff farmasi hadir dengan pakaian raya berwarna-warni. Ada yang dah siap2 pakai dari rumah, ada yang tukar baju kat hospital je. Majlis ini dilangsungkan di Farmasi Pesakit Dalam di Level 1.

Majlis bermula pada jam 10 pagi dan dimulakan dengan marhaban dan diikuti oleh bacaan doa oleh Encik Din. Pengerusi majlis ialah Kak Kurnia. Sebaik sahaja doa tamat dibacakan, kami semua dibernarkan untuk mengambil makanan. Menu pada hari ini ialah lontong termasuklah kuah lodeh, rendang daging dan ayam masak merah. Sedap2.. 

Selain makanan berat, sudah tentu ada kuih-muih juga. Aku pun bawak dua balang biskut cornflakes seperti biasa. KPF bawak lasagna tapi tak sempat rasa sebab sekelip mata dah habis. Cehhh.

Lepas tu ada sesi fotografi pula. Tapi of course la tak semua dapat masuk dalam gambar sebab kena ganti2 orang kat dept masing2. Pukul 12.30 tengah hari, aku dengan Zhi pun pulang ke stor untuk menyambung kerja. Gigih kerja pakai baju melayu untuk keluarkan barang semua. Last aku bukak samping sebab takut rosak pulak. 

Gambar2 kejadian:





























0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited