Sunday, June 27, 2010

Sepupuku Bertunang



Semalam hari Sabtu. Seperti yang dijadualkan, Faris akan ditunangkan pada hari ini dengan gadis pilihannya. Faris ni merupakan abang kepada Asiah, sepupu I yg sama2 buat A-Level dgn I di INTEC dulu.

Kami semua berkumpul di masjid Kuala Kubu Baru yg terletak lebih kurang 59 km dari Kuala Lumpur. Wah, particularnya I dgn jarak ni.. Padahal ternampak signboard kat tepi jalan. I dgn adik I naik kereta Along & Abg Lin sebab kami bertolak lewat sedikit drpd umi dan ayah. Sebelum ke majlis pertunangan tersebut, kami ke wedding adik Gadafi (suami sepupu I, Kak Nora) di Ampang Ulu Kelang.

Rombongan in terdiri drpd 6 kereta:

1. Keluarga Pak Cik Nan (bapak Faris)
2. Mak Long & Pak Long (mak bapak aku ni)
3. Keluarga Mak Poji & Pak Toi
4. Keluarga Mak Ina & Pak Cik Alias
5. Keluarga Pak Dil & Cik Julia
6. Along, Alin, diriku & diri adikku


Selepas solat Asar di masjid KKB tu (KKB ni sgt ulu ok! xde tarikan pun kt sini), kami semua berangkat ke rumah pihak perempuan. Kami disambut meriah oleh keluarga perempuan.


Sesi berbalas pantun bermula, dan diikuti dengan acara menyarung cincin oleh umi selaku Mak Long kpd Faris.

bakal berkahwin pada bulan 12 nanti

Kami dijamu dengan laksa johor, laksa penang, roti jala, agar-agar serta kek coklat.


Sejurus bertukar2 hantaran, kami semua mengundur diri. Umi dan ayah terus pulang ke Johor utk mengambil abang dan nenek manakala I dan adik I ikut Along pulang ke Shah Alam.

3 comments:

nozomi said...

mknn favourite aku semuanya arrgghh!!! roti jala n laksa johor..nyum! nyum!.. sama cantik n sama handsome la ;)

Iwa said...

hehe.. mmg sedap2 die masak.. tp aku x larat nk mkn byk2 sbb baru makan kt wedding.. huhu..

NikTim said...

nice spect :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited