Tuesday, January 6, 2015

Imbasan 2014

Assalamualaikum dan salam ceria semua~

Nampaknya imbasan 2014 ni agak kelewatan, tapi takpelah sebab still bulan Januari kan. Imbasan kali ni juga agak pendek berbanding imbasan2 beberapa tahun sudah kerana situasi bekerja membuatkan aku agak kurang sedikit untuk travel ke luar negara. Ada la travel sikit2, dan banyak di dalam negara sahaja.

01 | Januari

Percutian pertama tahun lepas adalah ke Teluk Batik, Perak. Sebab aku dah kerja di Sabak Bernam, maka Perak merupakan destinasi terdekat aku. Time ni family aku datang ke Sabak Bernam dulu untuk kutip aku, then terus ke Teluk Batik. Teluk Batik ni dekat area2 Lumut sana tu, dekat dengan Teluk Rubiah jugak.


Selain itu, aku juga telah menemani kedua ibu-bapa untuk membawa anak2 kecil bergumbira di Farm in the City yang terletak di Seri Kembangan. Best jugak tempat ni, ala2 mini zoo dan boleh bagi haiwan2 makan. Yang penting, anak2 semua riang ria di sini.




02 | Februari

Aktiviti yang paling best pada bulan ini ialah trip ke Koh Samui, Thailand. Pakej ni aku dah book dari Matta Fair tahun lepas. Best ok Koh Samui ni, sangat banyak keindahan alam. Siapa yang suka aktiviti laut pasti gemar ke sini. Aku so-so je dengan aktiviti laut but still the experience is there.







03 | Mac

Wedding pertama #7m6family pada tahun ini ialah Wanji & Mai. Aku dengan Amirah telah menghadiri majlis sebelah perempuan di Kuala Kubu Baru. Tahniah diucapkan kepada ex-housemate/classmate aku ni. Tahun 2015 bakal dapat baby alhamdulillah.



Aku juga telah merayap ke Pantai Timur iaitu ke Kuala Terengganu untuk menghadiri wedding sepupuku. Majlis bertandang gitu, sebelah lelaki.



04 | April

Klinik aku telah menganjurkan Hari Keluarga & Sukaneka Warga Emas. Best jugak, seronok pulak main sukaneka dengan orang2 tua ni. Maybe bagus jika dijadikan aktiviti tahunan. Mungkin juga perlukan pengisian yang lebih berilmiah, bukan sekadar jamuan dan sukaneka sahaja.



Then, aku dan rakan2 #7m6family telah membuat road trip ke Penang untuk menghadiri kenduri Wanji sebelah lelaki pulak. Seronok dapat berkumpul dengan rakan2 lama. Seterusnya kami semua menyambung aktiviti di Batu Feringghi dan jalan2 di sekitar Georgetown. Main agenda ialah untuk melawat Penang Street Arts sebab agak famous pada ketika itu.



Another wedding #7m6family iaitu Amirah & Ammar. Majlis diadakan di Bangi. Dekat sajor. Ok, imbasan kali ni banyak sikit wedding ye, diharap bertabah. Entri travel pun dah suam2 kuku skang. Harap maaf. Hehehe.



05 | Mei

Aku, Wawa dan Pah telah menaiki flight ke Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Uya selama 3 hari 2 malam. Lama pulak Uya kahwin, sebab majlis disusun begitu hampir. Jumaat nikah, Sabtu sebelah perempuan dan Ahad sebelah lelaki. Alhamdulillah, berjaya menjadi penanggah bertauliah. Tolong2 bagi doorgift Toblerone. Kau mampu?




Family trip to Kuching, Sarawak. Ni kali ke berapa tah aku jejak ke Kuching, adalah dalam 8 kali agaknya. Sini best sebab seafood murah dan sedap dan berbaloi. Salah satu faktor kegemukan aku juga. Hahaha.. Dapat jumpa Aaron Aziz ok, dekat kedai kek lapis Dayang Salhah. Maklumlah, ada kek lapis diberi nama Aaron Aziz tau. Kelas kau jah!


Eh, ada orang tak percaya la aku jumpa Aaron Aziz. Nah gambar ala2 paparazzi sebijik...

06 | Jun

Family trip again to A'Famosa Resort Melaka. Maklumlah budak2 tu suka pergi Melaka sebab rumah tu ada swimming pool. Haruslah suka, mahal ok sewa kat situ. Kami ke Safari dan Cowboy Town. Waterworld tak sempat squeeze in. Celebrate birthday ayah sekali kat sini.



07 | Julai

Birthday Arissa the princess. Kemain pakai baju princess tau.



Bulan Julai juga merupakan hari raya Aidilfitri. Raya kali ini kami ke selatan iaitu Johor Bahru dan kemudian ke utara iaitu ke Kedah melawat kampung Zara di Wang Perah. Gigih tak? Ala2 melancong pun a.




08 | Ogos


Ke A'Famosa lagi lah kita. Bagi mengelakkan tiket Water World expired, maka aku dengan Along pun bermandi manda di situ. Best la pergi Melaka, dapat makan cucuq udang yang sedap.



09 | September

Melancong di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki bas Hop on Hop off. Umi dapat tiket free dari matta fair hari tu, so aku dengan along lah yang pergi. Best jugak melancong di tempat sendiri. Antara tempat best yang kami lawati ialah Dataran Merdeka, Istana Negara dan KL Tower.




10 | Oktober

Percutian kedua di luar negara iaitu di Bali, Indonesia. Kali ketiga dah ke sini, tapi still best! Pemandangan indah memang dijanjikan. Yang lagi best, semua item di Hard Rock Cafe less 50%. Best woooo~ At last, kali ni berjaya ke Uluwatu untuk melihat kecantikan tebing2 tinggi di tepi laut. Sebelum ni selalu tak sempat datang sini sebab kesuntukan waktu.


11 | November

Bersama #7m6family ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan Fairuz & Yusland di Hotel Penview. Aku bawak kanak2 riang ni ke Kampung Budaya dan juga makan seafood di Topspot. Diorang terkejut dengan seafood murah, lalu kami repeat 2 kali. Hahaha.. Enak2..




12 | Disember

My first time handle a big event for aktiviti Kenali Ubat Anda di Daerah Sabak Bernam. Pharmacists from all over Selangor came for this event. Thanks to all!



Wedding penutup pada tahun ini ialah another #7m6family Sodox & Nabila. Ex-classmate dari INTEC dulu. Majlis kat Shah Alam dekat dengan rumah aku. Aku, Sipot & Wanji and wife je yang datang. Congrats both of you!



Goodbye 2014! Welcome 2015! 
Be good to me pleaseeee~

2 comments:

CT Humairah said...

hello heelloooo hellooooo..!!!
yo yo o aje iols ingat jumpa aron aziz bebetul.. cis..!!
happy new year pakcik..

CT Humairah said...

fineeeeeeeee -_- siap edit balik tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited