Friday, March 7, 2014

Teh Tarik Place @Empire Gallery


Pada hujung minggu yang lepas, sejurus selepas menghadiri wedding Wanji di Kuala Kubu Bharu, aku dengan family pun bersiar2 la di Empire Gallery yang terletak di Subang Jaya. Dah lama jugak tak pergi sini, selalunya pergi sini kalau nak makan2 untuk celebration apa2 or pergi Toys R Us untuk mencari mainan2 baru. Lepas ni kalau filem Transformers: Age of Extinction dah keluar, memang aku serbu Toys R Us ni sebab ni yang paling dekat dengan Shah Alam.

Ok, berbalik kepada tajuk asal post ini, Teh Tarik Place terletak di Empire Gallery di tingkat bawah sekali. Kedai ini ala2 kopitiam. Sekarang ni memang banyak kedai bercirikan kopitiam dibina bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Agaknya kalau aku bukak Hazwan's Kopitiam pun laku agaknya. Haha..

Makanan di sini simple2 je seperti nasi goreng, mee goreng, asam laksa dan lain2. Aku try kuetiau goreng memang sedap! Lembab2 gitu. Ayah pulak order roti sardin. Besar gila portion dia, last2 ayah lego kat kitorang. Mee goreng mamak pun sedap. Untuk minuman pula, aku try limau laici. Sedap tapi kurang manis, mungkin perlu sedikit manis. 

mee mamak

menu


kuetiau goreng


roti sardin


Komen secara umumnya, makanan kat sini memang sedap. Tempat pun sesuai untuk lepak2 sebab ada free wifi. In fact, time kitorang kat situ pun ramai orang bawak laptop bagai. Ada dua ruang makan di sini, satu di dalam ada aircond, satu lagi kat belah luar sikit tempat untuk customer yang nak merokok. Harga pulak, sedikit mahal daripada kedai makan biasa. 




3 comments:

Nurul Ain Zulkarnaind said...

pernah lalu belum pernah try hehe

eh entri ttg street cafe ada?

Hazwan Samian said...

Alamak x igt la ade ke x.. hehe.. penah pegi 2 kali..

Miss said...

roti sadin cam best!! bleh try neh..dokek je empire galery..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited