Thursday, August 1, 2013

Kuching Revisited - 6th Time (Day 2)

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan semua.

Sekarang nak sambung kembali ceritera merantau di Kuching, Sarawak untuk hari yang kedua. Hari ni, aku dan Wanji breakfast di McDonald's berhampiran dengan hotel kami menginap iaitu Tune Hotel. Semasa berjalan ke McD berkenaan, kami terlintas satu monument kucing yang famous di bandar ini lalu kami pun berhenti seketika untuk mengambil gambar. Lepas tu baru ke McD. Dah lama tak breakfast kat McD, agak rindu jugak la dengan McMuffin yang enak itu.

Selepas menikmati sarapan, kami kembali ke hotel dan kemudian terus checkout. Kami tinggalkan bagasi di hotel je, cuma dikenakan bayaran RM2 untuk 24 jam per bag. So murah la kan?? Selepas itu kami pun menuju ke bus stop untuk mengambil bas mini ke bus station besar di bandar. Sesampai di situ, kami pun menaiki bas no.15 menuju ke Damai. So, apa plan untuk hari ini? Kami akan menerokai satu perkampungan budaya di mana kami boleh mengenali tentang pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak ni. Tempat ini dinamakan Kampung Budaya Sarawak ataupun Sarawak Cultural Village.

Perjalanan menaiki bas ini cuma RM10 dan mengambil masa kurang daripada 1 jam. Agak lama jugak la, bas ni siap masuk dalam kampung2 lagi untuk turunkan penumpang. Kami merupakan penumpang yang paling akhir turun di perhentian yang terakhir iaitu di Damai. Abang driver bas tu siap bagi nombor telefon lagi in case kami nak pulang ke bandar petang nanti. Sebabnya, tak banyak bas yang berhenti di situ. Tapi kami mungkin akan pulang bersama Duwe dan Fyruz nanti, so tak risau sangat.


Kampung Budaya Sarawak

Bayaran masuk untuk ke Kampung Budaya ialah RM60 untuk orang luar Sarawak. Menurut Duwe dan Fyruz, kalau diorang masuk cuma dikenakan bayaran RM15 je. Tapi kena speaking2 Sarawak la sikit. Hahaha.. Kami masuk tu pun tepat2 je persembahan budaya nak bermula di dalam dewan. Since ramai sangat, kami terpaksa berdiri for the whole show. Tapi takpelah, ada aircond. Persembahan terdiri daripada beberapa tarian daripada etnik Melanau, Iban, Melayu dan lain2. Agak menarik dan seronok untuk ditonton. Setiap hari, ada 2 show iaitu pada pukul 11.45am dan juga 4.00pm. So, pastikan timing anda elok ye masa sampai di sini supaya tak terlepas mana2 show sebab ia wajib untuk dilihat.

Selepas show tamat, kami pun meronda2 di kawasan perkampungan ni. Masuk dari rumah ke rumah, dapatkan cop untuk passport kami. Oh ya, bila masuk sini, nanti akan diberi sekeping passport untuk dicop di setiap rumah etnik. Ada rumah yang kena cop sndiri, ada yang dia copkan.Dalam rumah2 tu ada jugak jual souvenir seperti manik2, tebaloi, kuih asli dan kraftangan tapi harga mahal sikit la.

Kami habiskan lebih kurang 4 jam dalam kampung ni. Lebih kurang pukul 3 petang, Duwe dan Fyruz pun sampai untuk menjemput kami pulang. Mereka pun masuk dalam kawasan ni walaupun kena bayar RM15. Tak adil tau, RM15 je, kami orang Semenanjung kena RM60. Banyak betul beza. Lepas tu sambung jalan2 sikit ke Rumah Melayu, Rumah Iban dan Rumah Cina sebelum kami singgah di surau untuk solat. Kami juga sempat masuk ke kedai souvenir untuk menonton souvenir, maklumlah kat sini mahal sikit. Kat bandar nanti lagi murah sikit, so later la ye.











































Selepas tu kami lunch di Mom's Laksa yang terletak di kawasan bandar jugak la. Tak ingat exact tempat, ikut je diorang drive. Haha.. Diorang cakap laksa kat sini paling sedap. So kitorang pun cuba laaa.. Memang ternyata sedap, dengan limpahan udang yang banyak. RM4 untuk laksa biasa dan RM5 untuk special. Specialnya ialah banyak udang. Wanji order special, tapi dia tak suka udang, so aku la dapat limpahan udangnya. Best2..





Selepas mengenyangkan perut, kami ke kedai kek lapis Dayang Salhah yang terletak berhampiran sungai tetapi di seberang la. Kalau dari watefront kena naik bot tambang, tapi kami naik kereta so Duwe drive ke sana. Sebenarnya agak jauh kalau bawak kereta, naik bot tambang lagi dekat. Aku borong 4 kek lapis je kat sini dengan grab beberapa ketul magnet Kuching. Tadi dah singgah di Kubah Ria untuk beli 3 kek lapis. So total aku bawak balik 7 kek lapis. Selain itu, aku beli lada hitam dan lada putih untuk dibuat souvenir untuk family member.







Lepas tu kami merayap di Waterfront untuk memburu souvenir. Memang terus pergi ke kedai yang kami survey semalam sebab banyak choice dan harga berpatutan. Siap dapat diskaun lagi sebab beli banyak2. Antara barangan yang dibeli ialah kain pelikat, kain ela untuk buat baju batik (ni potong dua ye, sebelah lagi kongsi dengan Wanji), fridge magnets, keychains dan baju kanak2. 














Okayyy, seterusnya dinner pulak. Dinner di Raja Ayam Penyet yang terletak bersebelahan dengan Kopi O Corner (kedai sarapan semalam). Memang ramai gila kat sini sebab agak famous. Nasib baik ada meja kosong. Sementara tunggu order sampai, kami main kad Monopoly Deal seround. Menu malam ini ialah ayam penyet bakar dan pisang goreng cheese. Memang sedap makanan kat sini. Sangat puas.





Malam ni kami tak tidur di hotel dah, tapi tidur di rumah Duwe. Kami lepak2 main Monopoly lagi beround2 sampai tengah malam, lepas tu Aliff pun pulang. Aku try packing2 beg, memang sendat habis. Takut pulak kek lapis tu penyek pulak. Tapi cubaan gagal so tidur dulu la. Esok pagi baru packing lagi.

Aktiviti keesokan harinya tak banyak pun. Pagi2 hantar Wanji ke airport, lepas tu kami pegi tengok wayang kat The Spring. Tengok cerita apa? World War Z la. Sebab kami semua dulu belajar kat Glasgow dan penggambaran filem ni ada dishot di Glasgow. Masa tu sangat berangan nak jadi pelakon extra tapi gagal. Haha..

Ok la, itu sahaja kisah percutian 3 hari 2 malam kami. Anda pula bila nak ke Sarawak? :)

1 comments:

Quinoa Recipes said...

First time reading this, thanks for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited