Wednesday, August 21, 2013

Cerita Raya 2013


Assalamualaikum dan salam Syawal semua~

Well well well dah 2 minggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan keriangan Syawal masih lagi terasa. Masih ada lagi yang memganjurkan rumah terbuka. Begitu jugak di hospital, banyak company2 ubat menganjurkan rumah terbuka di tempat mereka.

Hari Raya Aidilfitri kali ini sedikit berbeza kerana nenda tercinta mengalami strok. Jadi kami semua tidak berkumpul di Johor Bahru seperti tahun2 yang lepas tetapi kami semua berkumpul di Banting, Selangor kerana nenek dijaga oleh mak cik di sana. Jadi aku pun drive pulang ke Shah Alam untuk beraya di sana.

Pada 1 Syawal usai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga seperti biasa berkumpul di rumah Seksyen 4 dan bersesi fotografi. Then, sesi bermaaf-maafan, duit raya, makan2 sikit dan kemas2 rumah sebelum ke Banting. Di Banting, ada beberapa family sudah berada di sana menanti ketibaan family2 yang lain. Juadah hari raya kali ni adalah none other than ketupat, lemang, rendang itik, ayam masak merah, roti jala, rendang daging dan bermacam2 lagi. Memang bertambah2 la lemak lepas ni kan. Hehe..

Family portrait

Bersalam-salaman di Aidilfitri



Rumah Nurul

Durian!

Squad pemetik manggis

Bersiar-siar di dusun

Happy birthday Siti!

Beraya di Kelana Jaya

Birthday celebration for Along & Sufi


Setelah melawat nenek di Banting, kami meneruskan perjalanan ke selatan iaitu ke Batu Pahat untuk menziarahi nenek sebelah bapa pula. Malam tu beraya di rumah Wak Long sebelum kami berangkat ke Johor Bahru. Eh, balik JB jugak kan? haha.. Umi cakap nak beraya di rumah saudara-mara di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi, so memang kena balik JB juga. Kami membawa pulang durian dan manggis dari kebun Pak Lang. Memang berbau la kereta, maklumlah Alza punya bonet dan bersambung dengan seat. 

Sekejap je balik JB, the next day dah kembali ke Shah Alam. Then beraya kat bandar la pulak. Sebenarnya plan nak ke Dungun untuk hantar adik pulang tetapi dibatalkan sebab budak manja tu tak nak balik awal2. Kalau boleh nak naik bas paling lambat. Dia cakap ada beberapa kelas dah ganti so dapat cuti lama sikit. Apa2 pun boleh la, janji kau bahagia kan. Lepas tu kami ke Segamat pula untuk beraya di rumah Mak Induk sebelum ke Johor Bahru semula untuk menghantarku pulang.

Then next day aku pergi kerja, my family pun pulang ke Shah Alam.


2 comments:

Dede Ruslan said...

selamat hari raya, maaf zahir batin :)

Anonymous said...

Raya kat bandar xde feeling raya langsung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited