Thursday, November 4, 2010

Angah's Birthday



Ok.. Hari ini birthday Angah.. So, Happy Birthday to Angah! Semoga kaki cepat sembuh..

Prelude

Insiden petang tadi sangat menghanjeng diri. Seperti mana yg anda tahu, rumah I kat Vista Komanwel C tu terletak di tingkat 19. Lebih teruk lagi, daripada 3, hanya 1 lif sahaja yg boleh dipakai kerna lagi 2 lif tu rosak sebab water leak has affected the lift wiring very badly. Then, nak menyusahkan keadaan, time I nak balik Shah Alam, lif yg satu tu je pulak digunakan untuk memungut sampah dari tingkat ke tingkat. Masa I tunggu tu, lif tu kat tingkat 27.. then lepas 5 min tingkat 26.. then lepas 5 min lagi ke tingkat 25.. Hangin betul I. Dah la I tgh puasa, sabar jela. Then tiba2 tak boleh bersabar lagi, lalu dgn gigih dan cekalnya turun la dari tingkat 19 ke tingkat UG dengan menuruni tangga sambil mengendong 2 bijik beg; beg laptop dgn beg baju busuk. Cis!


Party Time

Setibanya di rumah setelah singgah di Tesco membeli bahan2 masakan, I pun terus mencoba resipi kejayaan Cahaya Wawa iaitu Sheperd Pie atau dalam Bahasa Melayunya ialah pai pengembala. Badd kata meruntun2 sedap Wawa buat, so I kena buktikan yang I juga mampu menbuatnya.

Pukul 3.30 start buat preparation; potong kentang, potong bawang & garlic sampai meleleh2 air mata suci I, potong wortel (carrot), dan juga potong daging kambing biri2 kepada bit size. Memang gigih, buat sorang2 pulak tu!

Okeh, ini resipi Sheperd Pie yang agak mudah difahami dan mampu dibuat oleh rakyat Malaysia tanpa menggunakan bahan2 yg pelik.



Sheperd Pie Wawa yg diolah oleh Iwa



Bahan2 Inti:

- daging kambing biri2/ayam/lembu/kambing kampung dipotong kpd bit size
- lobak merah dipotong dadu
- 2 biji bawang besar dipotong sukahati
- 5 ulas bawang putih dipotong, ditumbuk atau dibelasah
- sedikit daun bawang & daun sup untuk menghijaukan suasana

- butter untuk menumis
- sos BBQ Heinz
- kicap manis
- garam
- blackpepper
- sedikit tepung jagung yg dicampur dgn air

Bahan2 topping (mashed potato):

- kentang direbus empuk
- cream cheese Philadelphia, kalo tak mampu, Tatura sudeyhhh
- butter
- susu full cream (sbnrnye susu pape pun bleh)
- garam & blackpepper to taste

*kuantiti bahan2 sila anggar sendiri.. kalo nk buat byk, letak la byk2..


1. cairkan butter dalam kuali
2. tumis bawang besar & garlic sehingga naik bau
3. taburkan sedikit garam
4. masukkan daging sehingga masak
5. taburkan blackpepper
6. sedikit kicap manis utk gelapkan warna
7. tambahkan sos BBQ ikut suka hati banyaknya
8. bubuh tepung jagung yg telah dilarut dalam air utk pekatkan kuah
9. biarkan atas kuali hingga kuah menyejat dan agak2 kering sedikit
10. letakkan inti yg dah siap dimasak di dalam loyang pembakar

11. di dalam bekas lain, kentang yg telah empuk ditumbuk sehingga lumat
12. campurkan cheese, butter dan susu mengikut rasa kesedapan lidah anda
13. garam & blackpepper sbg penambah perisa

14. letakkan mashed potato ni ke atas inti tadi.. cover inti sepenuhnya ala2 pie gitu
15. bakar sehingga mashed potato menjadi keperang2an...

16. sedap utk dimakan begitu sahaja


Selain sheperd pie, dalam sambutan birthday kali ini, umi juga menyediakan laksa johor, mee rebus singapore, puding caramel dan cocktail buah2an. Kek prune coklat berkastard juga telah ditempah dari kawan umi.



~Happy family~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited