Saturday, April 26, 2008

Birthday Celebration @ Pizza Hut

Happy birthday to me & Helmy!
-Kek Chocolate Strawberry dari Secret Recipe-


Pada hari Jumaat yang lalu (25 April), aku beserta rakan2 rapatku pergi ke SACC Mall untuk menyambut hari lahir aku dan Helmy secara serentak walaupun hari lahir kitorang bukan pada hari ini. Tarikh sebenar hari lahir aku ialah 29 April dan Helmy pada 11 Mei. Kami mencepatkan sambutan kerana kami akan menduduki peperiksaan A-Level pada bulan hadapan.

Kami bertolak dari kolej pada jam 8.15 malam. Ida tidak dapat sertai kami kerana mak cik dia mengajaknya pulang ke Kuala Pilah untuk bertemu bonda tercinta. Agak geram betul aku dan Helmy kerana kitorang dah lama merancang party ini. Najwa juga tidak dapat hadir kerana sebab2 yang aku sendiri tak tahu. Ok, kita lupakan pasal Ida dan Najwa dan teruskan dengan apa yang terjadi di SACC Mall.

Setelah tiba di SACC (dengan membawa kereta yang ditumpangi oleh Badd, Bella, Anis dan Cipak), aku menyuruh Badd mengecop tempat di Pizza Hut sementara aku pergi ke Secret Recipe untuk mengambil tempahan kek yang telah aku dan Helmy buat pada minggu lepas. Kek kali ini ialah Chocolate Strawberry. Semasa menuju ke Pizza Hut, aku terserempak dengan Helmy dan Azery yang sedang berjalan2 di jualan murah di tengah2 SACC tersebut.

Apabila semua jemputan sudah mengambil tempat duduk, Anis pun menjerit memanggil waiter untuk menempah makanan. Agak kelam-kabut kami memesan makanan kerana keliru. Akhirnya, kami menempah set hidangan 6 orang dengan tambahan pizza besar, air 7Up 1 jug, spaghetti bolognaise, creamy carbonara, lasagna, calamari ring dan salad. Selepas itu, beberapa orang keluar untuk mencucuk duit dan berjalan2 di kawasan SACC tersebut.

Anis & me

Azam & Fadh

Bella & Cipak

Badd & Azery

Agak lama kami menunggu makanan. Sup yang sepatutnya sampai awal tiba paling lambat. Kami menjamu selera dengan memakan hidangan selain pizza dahulu kerana pizza sampai agak lewat. Pizza yang kami pesan ialah Super Supreme, Hawaiian Supreme, dan Island Supreme. Suasana di Pizza Hut pada malam itu agak kelam-kabut kerana begitu ramai pelanggan wujud di situ. Cipak sempat mengusha abang waiter hensem berbaju putih dan bercermin mata berbingkai putih. Haha.. Memang liar mata Cipak..

muka tak sabar nak makan pizza

tukang serve

Pada malam itu. Bella asyik kena buli je dengan Badd sampaikan tiada orang untuk membackup Bella. Biasanya Ida ada untuk menyokong Bella. Ida juga menelefon kami beberapa kali untuk meminta maaf dan mengirim salam kepada yang lain. Kesian Ida.. Tak dapat join kitorang malam ini..

Setelah semua kekenyangan melantak pizza, akhirnya kami membuka kek Secret Recipe tadi. Dengan nyanyian lagu Happy Birthday yang agak suram (sebab Pizza Hut dah nak tutup), aku dan Helmy memotong kek dan membahagi2kan kepada semua. Oleh kerana semua dah kekenyangan, semua makan kek dengan lambat kecuali Azery yang menambah kek lagi sekali. Kami agak terkejut kerana tiba2 kami ternampak budak2 Intec di Pizza Hut tersebut iaitu Ameer, Anas, Mirul dan Mije. Diorang memang takde kerja kot tiba2 je makan pizza walaupun tiada sambutan apa2.

bersama kek birthday

Oleh kerana kek banyak lebih, kami memberikan kek tersebut kepada geng Kelantan tersebut dan selebihnya kami bawa pulang untuk Faiz dan Mibo. Sebelum beredar, kami menerima hadiah hari lahir daripada rakan2 yang hadir. Walaupun Najwa tiada, tetapi dia tetap memberikan hadiah kepada kami. Memang seronok menerima banyak hadiah. Selesai semua, kami mengambil gambar di depan Pizza Hut dengan bantuan Ameer. Terima kasih diucapkan sebab dia sanggup tolong ambilkan gambar walaupun dia sedang makan pada ketika itu.

bersama hadiah (eh, sibuk je Badd)

gambar beramai-ramai

Kami terus pulang ke kolej pada malam itu. Aku tidak jadi pulang ke rumah kerana teruja ingin membuka hadiah yang aku dapat pada hari ini. Di kolej, aku segera membuka hadiah yang aku dapat. Badd memberikan hadiah di bilik kerana malas nak membawanya ke Pizza Hut. Begitu juga dengan Azery.

Aku dan Helmy sempat menonton 10 minit terakhir American Idol kerana sibuk membuka hadiah. Antara hadiah yang aku dapat ialah baju (Anis), wallet (Cipak), patung bintang (Najwa), tempat letak handphone CJ7 (Azam & Fadh), mousepad (Badd) dan cawan (Azery). Helmy pula menerima bantal besar (Anis & Cipak), patung Stitch (Azam & Fadh), patung bintang (Najwa), tali nametag (Badd) dan stokin polka dot (Azery).

Memang puas la malam ni.. Cuma lain kali kalau ada sambutan hari lahir lagi, kitorang tak nak makan kenyang2 sebab nanti kek tak habis. Rugi je kasi orang makan.. Hehehe.. Mungkin lepas ni sambutan kat tempat karaoke kot.. =)

3 comments:

Anonymous said...

laha ek korang..

neway,happy becoming birhtday ek!!

may Allah bless u always...

:)

Hazwan Samian said...

tq..

Anonymous said...

helmy****sayang

laha ek korang..(parody Mary yek)

blog yg best, i reckon,to this moment,this is the best post ever..

stay hasilkan article yg baru ok..

hepi belated ya =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited