Wednesday, January 9, 2008

Permulaan Semester Baru

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga aku mendaftar di Intec tanpa sebarang rintangan. Konflik bilik baru juga telah berakhir kerana rupa2nys org ofis tu salah kasi kunci kat aku. Senang hidup aku lepas ni..

Semasa register di dewan Intec, satu kejadian kecil yg tidak diingini telah berlaku ke atas Badd. Badd tidak dibenarkan mendaftar kerana seluar hitam yg dipakainya dikatakan 'jeans' oleh Cikgu Hassan.. Kesian Badd.. Terpaksalah aku masuk ke dalam dewan sorang2.. Tetapi secara tidak diduga, Badd telah menungguku di pintu keluar kerana dia kata dia nk menangis kuat2.. Tetapi, idea yg sungguh bernas tiba2 muncul. Badd masuk ke dalam dewan melalui di pintu belakang di mana tiada pak gad menjaga di kawasan itu. Oleh sebab wujudnya kegoyahan dalam pengawasan pintu belakangh, Badd dengan selambanya masuk ke dalam dan mendaftar seperti tiada apa2 yg berlaku.

Semalam, kelas sudah pun bermula seperti biasa. Subjek pertama yg diharungi ialah Biologi di mana perbincangan kertas jawapan exam diadakan. Seperti biasa, markah aku mmg susah untuk mencapai gred A. Selepas itu pula kelas Chemistry dan result aku tidak seperti di dalam mimpi aku (dpt D dalam mimpi! cuak aku dibuatnya).

Pagi tadi cuma ada kelas math je (1 jam je pun). Nampaknya markah math aku jela yg boleh diharap. Berbekalkan markah penuh dlm C1 dan makin hancur apabila menghampiri Pure Maths 3. Tp nasib baik dpt A math. Namun begitu, aku masih belum mendapat markah Statistics yg bagi aku, agak susah.

Aku amat tergamam dgn keputusan Helmy yg mendapat byk markah penuh utk paper Bio. Mentang2lah baca past year.. huhuhu..

Aku telah menolak 2 pelawaan mengajakku keluar. First, Ida dan Bella ajak keluar dan second, Mary, Pah dgn Badd ajak keluar. Alasan aku ialah tiada duit kerana JPA belum lg memasukkan duit biasiswa ke dalam akaun aku. Aku hanya bergantung pada duit pemberian ibubapaku sahaja. Huhuhu, sedihnya kehidupan ini.

Antara perkara menarik yang berlaku dalam kelas tadi ialah konflik pertukaran tempat dalam kalangan pelajar2 perempuan. Yg sini nk duduk kat situ, yg situ nk duduk kt sini. Macam2 btol diorang ni.

Sekarang ni aku berada di rumah kerana esok merupakan cuti Awal Muharram.

2 comments:

athirah said...

mcm hepi jer permulaan semester ko ek....
aku gak yg sedih...cam nak nagis lg jer...huhu....

Iwa said...

mst la hepi.. xkn nk sedih kot.. huhu.. aku kn hepi go lucky.. x kesah dgn ape2 yg tjadi pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited