Wednesday, January 16, 2008

Hobi baru di Cemara

Hmm.. Semenjak akhir2 ni, aku, Badd dgn Helmy dh develop satu hobi baru. Nk tau apa dia? Tekalah sendiri.. Hehehe..

Hobi baru ktrg ialah tgk movie kt laptop. Hobi yg agak biasa bagi org2 yg xde kerja. Sekarang ni, kedai CD kt belakang Restoran Imtiyaz la jd tempat ktrg membelek2 DVD baru. Bkn cerita baru je ktrg beli, cerita lama pun sama. Kebanyakan cerita yg ktrg beli ialah cerita2 berunsurkan thriller gitu.. Cerita bunuh2, ada byk darah, byk watak yg bes2..

Antara cerita yg aku dh layan ialah Saw (1 smpai 4). Cerita Saw ni tidak seseram mana cuma memerlukan byk berfikir utk merungkai siapa yg mjadi pembunuh. Saw 4 ialah satu cerita yg membuatkan ktrg sume 'down' sbb x faham sgt dgn cerita ni. Byk persoalan yg ktrg masih belum dapat rungkaikan. Saw 1 hingga 3 agak bes sbb jln cerita agak simple. Saw 4 menggabungkan misteri dalam cerita Saw 1 hingga 3. Memang memeningkan kepala. Cerita2 ini memaparkan pembunuh yg digelar jigsaw kerana badan mangsa yg mati akan ditoreh seperti bentuk jigsaw puzzle. 'Hi ***, I wanna play a game. The rules are simple", ini merupakan ayat yg biasa didengar di dalam pita rakaman sebelum mangsa perlu mencari jalan utk menyelamatkan diri daripada maut akibat alat2 pembunuhan yg agak pelik dan kejam.

Lepas tu, ktrg ada gak tgk cerita Hostel (1 dan 2). Cerita ni pun cerita bunuh2 gak. Ni semua adalah pengaruh Badd yg suka tgk cerita2 cenggini. Hostel ini mengisahkan kejadian yg berlaku di Slovakia di mana para pelancong akan dipengaruhi utk bermalam di Hostel. Setiap pelancong asing ini akan dibeli oleh org kaya yg xde keje lain secara rahsia. Mereka akan ditangkap dan akhirnya dibunuh dgn kejam seperti dibakar, ditoreh, dipotong, dililis, digari, ditampar, dikerusielektrikkan, dan pelbagai cara lagi.

Selain itu, ktrg juga menonton cerita Exorcist (1 dan 2) dan Friday the 13 (1 dan 2). Cerita Exorcist adalah mengenai seorang budak perempuan (Regan) yg dirasuk oleh Pazuzu sehingga menyebabkan dia bertindak seperti org gila. Terbang melayang2, kepala pusing 360 darjah, mencarut2 dan sebagainya. Cerita Friday the 13 pula mengisahkan beberapa orang di Camp Crystal Lake dibunuh secara kejam oleh seorang yg misteri.

Walaupun ktrg byk menontong filem2 seram, tetapi keseramannya tidaklah seberapa kerana kebanyakan cerita yg ktrg tgk telah diparodikan oleh Scary Movie. So, x seram sgt la, dan kadang2 menjadi lawak bg ktrg.

"Darling I'll never go away, Darling I'll never go away again....."
(lagu dalam scary movie 2 yg memparodikan exorcist)


Ni je kot yg aku nk ceritakan kali ini.. Semasa aku menaip post kali ini, aku berada di CC Kolej Cemara menemankan Helmy dan Azery yg ketagihan utk online.

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Mary yg berjaya melupuskan sisa hidupnya bersama lelaki yg aku rasa x layak bagi dirinya. Lelaki yg byk membuatkan Mary bersedih. Lelaki yg boleh dikatakan agak tamak. Lelaki yg amat marah apabila aku menggelarnya jantan.

WHAT-EVER!!!

Eh, tiba2 rasa nk bubuh gmbr.


2 comments:

~athirah nadia~ said...

thanx!!hehe...

tak yah dah sebut psl dia ld tau ngn aku...

ak tak nak dgr nama dia dah..hehe..

neway,korang nie mmg tak de keje ek??bapak byk movie korang tgk...ish3x..

maju jer kedai baru tu ngn adanya pelanggan tetap cam korang nie...

Hazwan Samian said...

ktrg mmg blom ade mood nk stadi.. so ktrg njoy la tgk movie dulu..
hehe..
tp, dala trial bulan dpn.. hancur gue nnt.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited