Saturday, March 14, 2015

Kafe Dapur Jendela @ Pasar Karat JB

Assalamualaikum & Salam ceria semua~

Hari tu balik Johor Bahru ada kenduri kahwin. Malam macam biasa la keluar berjimba dengan kawan-kawan sehospital dulu. Kitorang pergi makan di area Pasar Karat yang terletak di bandar Johor Bahru. Oleh sebab malas nak bawak kereta sorang satu, so aku pun suruh Intan pick aku kat rumah nenek. Thanks Intan sebab amek aku, walaupun ko sesat dua kali kan.. Hehehe..

Mula-mula macam tak tau nak makan kat mana, ada yang suggest Burgerbyte tapi duhhh Burgerbyte kat Shah Alam pun ada kan. So Zu pun suggest pergi Dapur Jendela. Ok la, aku pun setuju sebab aku pun tak pernah makan kat situ. Alhamdulillah cari parking pun senang dengan area tu. Bayar RM3 untuk parking maklumlah parking tepi jalan mostly dah penuh. Malam minggu lagi pun.

Agak meriah suasana di Pasar Karat malam tu, meriah dengan ceramah, tarian dan jual-jualan gerai. Kitorang malas nak cuci mata, so terus jalan ke Dapur Jendela. Tunggu yang tak sampai2, berapa minit tah kitorang lepak kat luar kedai tu.


Alamat: No 49, Jalan Tan Hiok Nee


Menu kedai ni pelbagai from local to Western food. Aku tak lapar sangat so order Chicken Chop je. Zu order bubur nasi dan Intan order set roti jala. Sini nak makan berat ada, makan ringan pun ada. Air pun banyak jenis. Zu recommend aku order jus mangga + asam boi. Sedap jugak, tapi aku lagi suka epal asam boi or kedondong asam boi. Memang padu rasa dia. Hahaha.. Makanan kat sini ok, sedap. Sambal bubur nasi tu pedas gila, ntah berapa genggam cili padi dia taruk. Baru makan sesuap terus gatal tekak. Roti jala dia pun bagi banyak iaitu 4 helaian yang besar. Intan tak mampu habiskan so dia letgo sehelai kat aku.




Menu booklet



Bubur nasi

Roti jala

Zu & Intan

Chicken Chop



Kitorang lepak sejam lebih jugak la borak-borak pasal gosip dan update terbaru kat hospital tu. Diam tak diam dah setahun lebih aku berpindah dan banyak staf kat situ pun dah berubah-ubah. Alhamdulillah still ramai member kat situ. Kalau melawat hospital tu pun diorang masih kenal aku. Hehehe..

Ok la, itu sahaja update ringkas kali ini. Sampai jumpa~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited