Saturday, March 14, 2015

Magnum Cafe @Midvalley


Akhirnya berjaya jugak pergi ke Magnum Cafe ni selepas satu per satu kawan pergi ke sini. Since hari ni Zu datang KL dan kitorang pun nak lepak sesama, kitorang pun pergi la Midvalley. Dia senang pergi, aku pun senang pergi. Dia la yang kepingin makan kat Magnum Cafe, kita ikutkan aje la hasrat dia. Kang balik JB ngences pulak minah ni. Hahaha..

Kitorang pergi awal jugak la dalam pukul 12 pm dah masuk Magnum Cafe ni. Magnum Cafe ni merupakan yang pertama sekali di Malaysia dan yang kedua ialah di IOI City Mall Putrajaya. Cafe ni terletak di tingkat atas sekali dekat dengan wayang. Dibina dua tingkat, bawah untuk orang yang ingin tapau aiskrim manakala tingkat atas more kepada fine dining. Oleh sebab waktu lunch sudah pun tiba, kami pun masuk la mengambil tempat. 

Menu macam tak banyak sangat tapi kelihatannya amat menggiurkan. Aku order half chicken cornish dan Zu pulak order crab meat spaghetti. Sebagai pencuci mulut kami order Magnum red velvet cake. Minuman pula iced chocolate. Sedap okay makanan dia, aku suka spaghetti tu walaupun portion agak kecik. Will definitely come back to try other menu. Urmmmm dap dap.

Servis pun ok je, most worker kelihatannya seperti foreigner. Walaupun pekerja dia ke hulu ke hilir tapi macam susah nak panggil lagi-lagi kalau time tengah peak. Tunggu bill pun 5 minit. Tapi kenapa kek sampai dulu, bukan sepatutnya last ke? Haha..

red velvet cake

iced chocolate



half chicken

crab meat spaghetti


Nasib baik kitorang datang awal tadi, sebab masa kitorang dah habis makan ramai orang beratur tunggu seating. Hahaha.. Sape suruh datang lambat..

1 comments:

Nur Zayyani Liman said...

Sedapnye mkn kek dgn magnum tu..mcm nk terjah jgk ni..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited