Tuesday, June 24, 2014

The Sumbs @Seksyen 13 | Shah Alam

Assalamualaikum dan salam ceria semua~

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk ke The Sumbs bersama keluarga tercinta. Setelah memfollow instagram The Sumbs baru-baru ini, rasa ingin mencuba semakin membuak2. Belek2 gambar kat instagram tu, tengok harga macam ok, so ajak family pergi. Lagipun tak jauh sangat, dalam Shah Alam je.

The Sumbs terletak di Pusat Perniagaan Worldwide Seksyen 13 Shah Alam berhampiran dengan Tesco dan Good Hope Hotel. Tak susah nak cari restoran ini, bila masuk kawasan Worldwide tu memang nampak terus. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk ke kafe ini ialah desserts dan manisan di sini dibekalkan oleh Sukasucre yang dichefkan oleh Dr. Fazley. *betul ke ayat dichefkan? hahaha*

Oleh sebab pergi 7 orang, maka banyak menu yang dapat kami cuba pada hari berkenaan. Since Along sampai dulu, dia bookkan meja kat luar sebab kat dalam dah penuh. Dalam kafe ni kecik je, tak banyak meja sangat. Sampai2 je aku terus usha2 bahagian Sukasucre tu. Ada beberapa whole cake dan juga macaroons. Oh nom nom, macaroons! *jakun jap*





Antara menu yang kami try ialah:

1. Carbonara



2. Bolognaise




3. Sweet sour fish




4. Kambing samah



5. Honey citrus chicken



6. Chicken Hunter




7. Dendeng calzone



Desserts:

1. Tiramisu


2. Sum sum
3. Churros



4. Macarons - herbal tea flavour. sedap dan manis.. *macarons mmg selalunya manis*




Bagi aku, ada beberapa makanan yang best dan ada yang kureng. Bolognaise macam cair sikit gravy dia, so tak ummphhh sangat la.. Chicken hunter pun agak kureng sebab kuah tawar. Kesian atih makan tak kenyang. Kui3.. Aku suka dendeng calzone tu, daging dia lembutttt.. Sweet sour fish pun sangat sedap. Nasi butter pun lembut dan enak banget. Umi cakap sesuai untuk orang tua2, senang nak kunyah. Hehehe.. Churros pun sedap! Sangat mengenyangkan. Tiramisu pun sedap. Sum sum aku tak sempat makan dah habis. Hahaha..

Ok itu sahaja, lain kali nak datang lagi try menu lain pulak. Hehehe.. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited