Tuesday, January 14, 2014

Mee Udang Special @BNO

Assalamualaikum & Salam ceria semua.

Haaaaa apa itu BNO? Mesti semua tertanya-tanya kan? Or not? Lol..

BNO adalah short form bagi Bagan Nakhoda Omar yang terletak di Sabak Bernam. BNO terletak lebih kurang 22 km dari Sungai Besar. Di sini ada pantai tapi tak boleh mandi. Sebab berlumpur dan berbatu. 

Apa yang popular di sini ialah mee udang banjir. Memang banjir habis, tengok la gambar kat bawah nanti ye. Udangnya juga banyak. Dalam 1 pinggan ada la dalam 7 ke 8 ekor udang. Yum yum. Kuahnya yang pekat dan manis menceriakan lagi suasana di dalam pinggan tu. Umi cakap lagi sedap daripada mee udang Kuala Sepetang yang tak berapa nak gah tu.

Macam Port Klang pun ada

Mee udang

Udang bergelimpangan. Ini udang daripada 2 pinggan ye, bukan 1. Jangan tertipu.

Kite flying


Selain mee udang, menu istimewa yang lain termasuklah nasi goreng udang, nasi ayam dan kerang bakar. Sedap jugak la, semua orang makan licin. 

Aktiviti yang boleh dibuat di sini ialah bermain layang-layang. Kanak2 tu excited sangat nampak layang lalu diorang pau layang-layang satu. Nasib baik RM10 je. Kitorang spend sejam lebih kat sini menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa. Tapi tak berapa nak sepoi sangat la, layang-layang asyik menjunam je sebab angin kuat.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited