Sunday, April 29, 2012

I Am Number 23


Babak 1

Wah wah wah, hari ni genaplah usiaku 23 tahun.. Semakin meningkat usia, semakin kuruslah aku. Eh2, statement macam nak kena pelempang je kan. Bila tengok balik usia 23 ni, sebenarnya diri ini tidaklah muda lagi. Dah dewasa gitu. Tak main la remaja2 dah. Tapi perangai still macam budak2, tak matang. Apa kes kan?

Ni nak cerita pasal surprise birthday party yang diagendakan oleh rakan2 sekeliling. Diorang buat sambutan awal, maklumlah exam di hujung tanduk je. Hari Ahad lepas berlangungnya party ini (kiranya seminggu awal la). Mula2 Kak Pah berlakon nak pinjam mixer kononnya nak buat apam, tapi rupanya Farrah yang pakai untuk buat kek birthday. Amboi2, terharu sangat tau.

Party berlangsung di rumah atas dan dihadiri oleh muka2 biasa seperti biasa la kan. Menu yang disediakan termasuklah mee hailam Bee, roti jala Kak Pah, kari Wanji, cheesy fries dan strawberi celup coklat. Tapi untunglah sebab Allah gerakkan hati aku untuk buat cupcakes hari tu, maka adalah menu tambahan kan. Ntah kenapa tiba2 rajin nk buat cupcake despite takde mixer yang telah dipinjam oleh orang2 di atas. Buat icing pun gaul pakai tangan tau. Kalau selalu buat, tak payah pergi gym lagi dah pasni. =p

Apa2 pun, jutaan lemon terima kasih diucapkan kepada rakan2 sebab menyurprisekan diriku yang innocent ni. *yo yo oh je innocent kan, padahal dah dapat hidu sikit2 party ni*. Walaupun dah dekat nak exam, korang gigih jugak nak sambut birthday aku. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah kerana mengurniakan rakan2 yang best macam korang semua. =)

Adalah beberapa adegan yang menyebabkan aku feeling2 yang diorang akan buat surprise party. Antaranya ialah:
1. Kak Pah reluctant nak pulangkan mixer apabila diminta.
2. Wanji asyik keluar rumah je, ulang-alik ke rumah atas. Siap culik dua bijik kentang lagi kat dapur.
3. Terserempak Adilah kat luar rumah menunggu pintu dibuka.

Cara aku diperdayakan ialah dengan Kak Pah menyuruhku ke atas untuk ambil apam. Lepas tu terus diorang sua kek birthday kat aku. Surprise surprise!


food by chef 7M6

birthday cake by chef Farrah.. Yummy~

Cuppies & mee hailam



Happy Birthday to me~ XD

Thanks for the Hogwarts present! =)


Ucapan hari lahir (hari tu tak bagi ucapan sebab segan kot).

Sempena hari lahir yang ke-23 ni, aku nak ucapakan terima kasih sebab organise birthday party untuk, masak2, bagi hadiah semualah. 

Good luck untuk exam final yang bakal menjelma ni. Semoga kita semua lulus dan dapat grad dengan cemerlang.

Semoga persahabatan kita juga kekal selamanya. Nanti siapa nak kahwin tu, jemputlah2. Nak kad jemputan ye, ajak kat FB tak dikira.

Sekian.


Babak 2 akan menyusul.. =)

Babak 2 di sini.

Cheers!

8 comments:

Pahmela Tak Hengat said...

WAHHHHH2...
sompek yo ekau!
minal aidil wal faizin selamat hari lahir yg ke 23

aminnnnn
moge semua grad sama2!

LoLLy~ said...

happy birthday hazwan!! hehehehe...

Hazwan Samian said...

wah2 ekau ekau.. thanks korang! XD

uya said...

meriah u'olls!slmt hari tua..hihi

amirahms said...

happy birthday! x perasan pulak post ni heheh :)

Hazwan Samian said...

tenkiuuu~ XD

Miss said...

happy belated birthday ^^

Hazwan Samian said...

Thanks! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited