Monday, May 2, 2011

Majlis Aqiqah Aleeya Imani

Semalam, seperti yang dijanjikan maka berlangsunglah kenduri aqiqah untuk baby kedua Angah & Kak Kyra yang comel, tembam dan panjang yang bernama Aleeya Imani. Comel tau, macam cina sikit muka dia, dan yang penting macam muka aku. Huahuahua~

Majlis aqiqah yang serba mulia ini diadakan di rumah Seksyen 7 dan dimulakan pada jam 11 pagi di mana pertubuhan wanita setempat membacakan marhaban dan seterusnya acara memotong jambul dilaksanakan. Pada masa ini, hanya Umi dan Along je yang tengok sebab para lelaki belum sampai lagi. So, adalah beberapa gambar yang disnap oleh Along.

giliran nenek potong jambul Imani


penat melayan tetamu sampai tertidur


Bila kitorang sampai, lelaki lepak kat luar dulu, tunggu perempuan habis bermarhaban. Selang beberapa minit, para wanita keluar dari rumah untuk menjamu selera dan mereka kelihatan amat berselera sekali. Makanan dan lauk-pauk yang dihidangkan amat melelehkan air liur seperti asam pedas tetel, daging masak lemak cili padi, ikan goreng bersalut tepung bersweet sour, sayur campur dengan tauhu telur, ulam2, sambal belacan, mee jawa, dan yang paling meriah sekali ialah kambing golek didatangkan khas dari Seremban.

ni second round ye..

Ica makan dengan Abah


Saudara mara yang hadir termasuklah Mak Ina & family, Mak Poji & family, Cik Nan & family dan Cik San & family manakala Tok Hassan & Cik Ali mewakili jiran Seksyen 4. Aku makan 2 round je; first makan nasi, then makan kambing lastly makan mee jawa *eh, bukan 3 round ke tu?*. Takpe2, tolak diet ke tepi, yang penting kepuasan. Sebenarnya kena kawal makan dengan berhati2 sebab doktor cakap tekanan darah agak tinggi. *buat muka tak bersalah*.

Selepas dah sedap2 makan, rehat kat dalam rumah pulak main2 dgn Arissa & Imani serta anak2 buah yang lain *bukan anak buah aku, tapi anak buah Angah la*. Aku kena buli dengan Arissa dan Mikail untuk menjadi kuda mereka. Maka dipanjatlah belakang hamba ini dan berkuda keliling ruang tamu. Malu ok! Ada tetamu lain jugak kat situ. Hahahahaha...


buli Imani kejap.. comellah budak ni!


konon2 serupa tapi tak sama.. =p


Imani runsing fikirkan masa depan..



Okay, tamatkan cerita aqiqah di sini.

Seterusnya aktiviti hari ini disambung dengan aktiviti yang sedikit berilmiah tetapi disalahgunakan untuk tujuan hiburan. Aku dan adik telah mengikut Along & Alin untuk ke PWTC untuk menjenguk Pesta Buku Antarabangsa yang mananya hari ini merupakan hari terakhir pesta tersebut. Kenapa aku cakap yang aku salahgunakan event berilmiah ini? Sebab kami beli komik je banyak & t-shirt Gempakstarz. Takde beli buku ilmiah langsung. Takpe, tengah cuti kannnnnn...

Itu saja update untuk sekarang.

Jumpa lagi..

3 comments:

PahPihPuh said...

dan yang penting macam muka aku.
*statement x bole blah pnye..hahahha

harus dah makan 3 round kena jadi kuda,hilang kalori kau..

PahPihPuh said...

btw,comel2 aleeya imani.name pon sedap..aku suke bdak2 kalau ade name iman2 ni..

Hazwan Samian said...

mmg comel gle.. geram.. makin lame makin tembam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited