Wednesday, September 22, 2010

Beraya di Rumah Cipak

Akhirnya dengan bantuan google map serta ibu Cipak, kami berlapan tiba juga di rumah Cipak di Gombak. Kelapan-lapan itu ialah Lukman, Ida, Bella, Wan, Jah, Anis serta Badd dan I merangkap drebar.

7M6

Walaupun pada mulanya kami berkomplot untuk berkonvoi bersama2, tetapi pada akhirnya kedua2 kereta terpisah ke jalan yg berbeda lalu ktrg terus bersetuju utk bertemu di Gombak sahaja.

Kami disambut mesra oleh En. Amin iaitu bapa kpd Cipak. Hidangan yg disediakan termasuklah nasi beriani udang, ayam rahsia, salad telur dan kuah dal. Tidak lupa juga kuih raya yang tersergam indah dalam balang2 bertutup silver.

Badd serang kuih raya dulu..

Ayam perapan mountain dew cipak mmg kelas!

salad telur pon sodap!!




Memang meriah suasana di rumah Cipak pada malam itu. Bising tak ingat dunia. Tak lupa juga sesi bergambar secara berkumpulan.

Semasa balik, kami ditunda oleh ibu Cipak yg baik hati untuk mencari jalan keluar dari kawasan rumah Cipak kerana jalannya agak berbelit2. Bahaya ye Cipak kereta tiada signal kiri.. Sila hantar ke workshop.. =p

Papepun, terima kasih diucapkan kepada Cipak sekeluarga kerna telah menyediakan hidangan yg enak2 belaka. I like~

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

*ini adalah gmbr dari kamera Ida.. Jah blom kasi lg gmbr2 die..

3 comments:

LoLLy~ said...

mak cipi sgt best!!

amirahms said...

ditunda oleh mak syifaa'? ape maksudnye?

Hazwan Samian said...

mak cipi sgt best.. btol2.. bapak die pn baek je..

ditunda maknenye ktrg ikot mak die dr blkg utk cari jln keluar.. berbelit2 tau jalan ke umah cipy tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited