Pejam celik pejam celik, rupa2nya dah seminggu lebih I tak update blog nih.. Lama jugak tuh.. Sepertimana tajuk entry blog post hari ini, I akan update2 sikit pasal perjalanan hari raya I di Malaysia ini.
Hari pertama raya kat Shah Alam dulu seperti biasa, then amek2 gmbr famili.. Pastu bila da siap2 makan, bertolak ke Johor pulak. Singgah kampung di Batu Pahat sebelum meneruskan ke Johor Bahru. Beraya2 sakan sambil mengumpul duit raya. First day je dah collect RM400 plus plus.. Meriah sungguh... Tp I tetap kalah dgn Arissa sebab dia dpt duit raya lagi banyak dari I tau. Jeles2.. Nak jadi baby balik la.. Boleh tak?
Bila dah balik Shah Alam, kitorang sambung beraya di rumah saudara mara yang tinggal kat area KL. Alhamdulillah, hingga hari ini, hanya 1 rumah saudara je lagi yang belum dilawati.. Maklumlah, saudara mara ramai yang amat sampai loss count. Mana taknya, umi punya adik beradik dah 10 orang, ayah pula 11 adik beradik. Tak ke ko pitam kena beraya kat semua rumah sampai perut ko penuh then malam tak bleh tidur sbb acid reflux.. Eh, baru teringat, rumah Angah pun belum pergi beraya lagi.. hihihi...
Pada 16 September, rumah I mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Almost semua saudara mara datang. Alhamdulillah. Kawan I ada 3 orang je datang iaitu Mimi, Wawa & Apal. Thanks sebab datang.. Badd, bila ko nak keluar dgn aku? Janganlah asyik stuck dgn permaisuri agong je. Spend some time with friend occay?!
Nak beraya rumah kawan2, xde geng la pula. Lagipun I ni bukan jenis suka pergi beraya rumah kawan2 unless diorg buat open house ke.. I tak main terjah2 ok... Tapi Mirah & Cipak ada ajak beraya rumah diorg tapi kena plan2 sendiri bila nak pergi..
Btw, budak2 MQ dah pun fly malam tadi. Tak pergi hantar diorg pun sebab pkol 11 malam selepas I pulang beraya, I mendodoikan diri atas katil lalu tertidur hingga pagi.. Hahaha... See u guys next year ok?
0 comments:
Post a Comment