Tuesday, August 24, 2010

Marilah Mengerjakan Umrah

Umrah ni sebenarnya wajib dikerjakan sekurang2nya sekali dalam seumur hidup. Walaupun I dah beberapa kali jugalah pergi menunaikan ibadah umrah di Makkah, tetapi pada setiap kali lawatan, pengalaman yg diperoleh berbeza2..


Madinah al-Munawarah

Seperti kebiasaanya, jemaah akan dibawa bermalam ke Madinah dulu selama 3 hari untuk mengunjungi dan beribadah di masjid nabi iaitu Masjid Nabawi.

bersama Masjid Nabawi

Cuaca sgt panas dalam lingkungan 45-52 darjah Celsius. Malam2 juga agak panas dan bahang. Jalan kaki ke masjid tak sah kalau tak berpeluh. Tapi alhamdulillah, Masjid Nabawi is fully air-conditioned. Solat 5 waktu plus Terawih wajib ditunaikan di masjid kerana pahalanya adalah 1000 kali ganda lebih dari masjid2 biasa. So, I tak nak lepaskan peluang untuk mengumpul pahala untuk beribadat kepada Allah swt.

Antara tempat yg kami lawati ialah Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makan Penghulu Syuhada, Medan Peperangan Khandaq serta shopping2 di pasar kurma.

Masjid Quba'

Masjid Qiblatain

Jabal Uhud

Makam Syuhada' Uhud (termasuk Saidina Hamzah)

Shopping kurma

ladang kurma

sebelum bertolak ke Makkah




Makkah al-Mukaramah

Cuaca di kota suci Makkah juga lebih kurang dgn Madinah cuma malamnya agak kurang panas berbanding Madinah.

Pada hari pertama tiba di Makkah, kami telah bermiqat di Bir Ali untuk memasang niat umrah. Kami sekeluarga mengerjakan umrah pada jam 11 malam kerana kami tiba di Makkah agak lewat. Biasanya, ibadah umrah (tawaf + saie) akan mengambil masa selama 2 jam.

Solat di Masjidil Haram pahalanya 10000 ganda lebih daripada masjid2 biasa. Jadi semua peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk beribadah dalam Masjidil Haram.

Zam Zam Tower

sempat aje snap depan Kaabah

Masjidil Haram

suasana selepas solat

construction sebelah Masjidil Haram


Masjidil Haram memang akan sentiasa penuh dgn jemaah terutama sekali pada waktu solat fardhu. Solat Jumaat pula lebih penuh daripada biasa. Even datang awal sejam pun dapat duduk kat ruang berjalan je, tak dapat solat atas karpet.

Lawatan di Makkah termasuklah ke Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Masjid Ja'ranah di mana kami telah bermiqat untuk mengerjakan umrah pada kali kedua.

berlatarbelakangkan Jabal Thur

Jabal Rahmah di Arafah

Unta berhias di Jabal Rahmah

Mina, tempat melontar yg baru.. 4 tingkat


Selang 2 hari, kami meneruskan lawatan ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah utk bermiqat untuk mengerjakan umrah buat kali ketiga. Kami sepatutnya dibawa melawat ke Muzium Haramain tetapi perangai driver bus yang agak annoying, kami terpaksa membatalkan lawatan ke muzium terbabit. Biasalah, orang arab memang generally kasar, degil dan kepala batu.

perah susu unta di ladang ternakan unta

Unta oh unta..

bekas tinggalan masjid lama Hudaibiyah

interior masjid Hudaibiyah yang baru


Pihak Tabung Haji menyediakan makanan Malaysia semasa kunjungan kami ke tanah haram. Walau bagaimanapun, makanan tempatan juga wajib dicoba seperti nasi Arab, nasi briyani, ayam masala, mutton masala, shawarma dan juga aiskrim 2 riyal. Sedap2 makanan tu.. Nyum nyum~

tu dia, half chicken plus nasi arab

Pada hari terakhir, kami dibawa melawat di sekitar Jeddah iaitu ke Masjid Terapung sebelum kami semua ke airport untuk pulang ke Malaysia.

masjid terapung

Antara peserta umrah kali ini.. Abang Azwan doktor, Syahir form 4, akak Syahirah doktor (isteri kepada abang doktor), datin rohana & datuk nor



Diharapkan kami sekeluarga mendapat umrah yg mabrur.. Aminnn~


*pada tahun 2003, kami terserempak dgn Siti Nurhaliza di airport Jeddah.. pada tahun ini pula, anak Datuk K yang sulung pula mengerjakan umrah bersama Tabung Haji. Ada jugalah terserempak dgn dia & kawan2 dia kat sana..

6 comments:

LoLLy~ said...

aku suke gmba ko yg dpn kaabah tuh! XD

cik violet said...

Alhamdulillah..untung dapat buat umrah tep tahun ea...

amirahms said...

like like like smua gambo alhamdulillah~ beruntung ko dpt jd tetamu Allah di bulan ramadhan.. wah....da naek jambatan da kt masjidil haram utk ape tuh? =)

cahaya wawa said...

gambar katmsjid terapung tuh.. time pegi dulu ada amek gmbar kt tmpt sama.. pntai die berangin2.. wlu mcmana pun, unta palig cute.. berbunga2.. hahahha

Hazwan Samian said...

@LoLLy~

kalo ade button like, mst ko klik kan? hehehe..

@violet VC

alhamdulillah.. ade rezeki.. da 7 taun x g mekah..

@nozomi

hahaha... kalo ade button like all, mesti ko klik kannn... jambatan tu mmg da lame adela, utk akses tgkt 1... cume die potong sket je jmbtn tu...

@cahaya wawa

msjd terapung tu dulu kini dan selamanya mmg cmtu kot.. hehe..

anisz said...

aku suka semo pic unta coz they remind me of sum1..hee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited