Friday, May 23, 2008

2 Minggu Pertama A-Level

Huuhhh! Alhamdulillah, 6 paper sudah pun berakhir dan tinggal lagi 16.. Memang banyak dan memenatkan menjawab soalan..

Antara paper yang sudah dijawab adalah seperti Biology 3W1 & 3W2, Chemistry Practical 3A & 6A dan juga Statistics S1 & S2. Akhirnya boleh simpan buku Statictics yang tebal tu, tak tahu nak simpan, bagi junior, jual kat junior ataupun recycle. Dengar kata, junior punya syllabus berbeza dengan kitorang. Hmm.. Nantilah fikir..

Komen aku bagi paper2 yang telah diambli:
Biology : Boleh tahan la. Written experiment je pun..
Chemistry : 3A senang tapi 6A sangat mengconfusekan. Ramai dapat identify bahan yang berbeza!
Statistics : S1 boleh tahan senang tetapi S2 sangat memeningkan...

Sekarang tengah ada gap seminggu, sebab tu aku berkesempatan untuk menulis post ini. Kat rumah of course la tak boleh study sebab suasana yang amat tidak kondusif untuk study : Astro, internet dll..

Tp alhamdulillah, banyak topik2 yang sudahpun aku cover sepanjang minggu2 sebelum ini. Cuma perlu masterkan lagi topik2 tersebut. Lepas cuti ini, mulalah paper yang berat2.. Mintak2 la soalan2nya mudah dan apa yang aku baca akan keluar. Minggu ini, kedua2 ibu bapa, adik, kakak dan abang ipar aku akan ke Solo, Indonesia untuk melancong. Jika tidak kerana exam A-Level ni, aku dah lama dah ikut. Geram... Takpelah, bukan rezeki kot. Masih ada banyak masa lagi untuk melancong. Sekarang kena tumpukan terhadap peperiksaan. Lagipun aku dah banyak kali melancong, apa salahnya kalau tertinggal beberapa destinasi.

Berita baik untuk aku, student IMU tidak perlu ke BTN selepas exam kerana menurut Pn Rita, kami akan menghadapi BTN di IMU kelak. Hmm, mesti tak best sebab tak ramai kawan (lagi2 aku yang takde ramai kawan ni)..

Berita sedih pula, aku dan Badd amat terkejut kerana kumpulan Korea yang kami amat gemari iaitu So Nyuh Shi Dae (Girls' Genertation) dikatakan sudah berpecah. Badd kelihatan agak hampa kerana segala tarian yang kami pelajari daripada mereka menjadi sia2. Kami memang mengharapkan mereka mengeluarkan album baru supaya kami dapat belajar gerak tari yang baru. Tarian yang paling aku suka ialah Into the New World dan Girls' Generation. Lagu2 lain yang best adalah seperti Kissing You (best gak menari dgn lollipop), Honey, Beginning dan Baby Baby.

Tetapi, setelah aku menyesurf internet tadi, informasi daripada majalah KLIK tentang perpecahan mereka agak meragukan. Menurut internet, SNSD menghentikan persembahan mereka kerana ingin menumpukan album kedua mereka. Harap2 ada la album kedua diorang.

Tu je kot yang aku nk luahkan pada ketika ini.. Semoga aku dan rakan2 yang lain akan mengecapi kecemerlangan dalam A-Level ini. Amin~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited