Salam semua~
Hari tu aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Melantak Steak Hub yang terletak di Melaka. Ini alamatnya.
No. 12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar,
75200 Melaka.
Apa yang istimewanya restoran ini? Dah lama aku teringin nak pergi sini sebab hari tu Atih makan kat sini pastu hantar gambar kat kitorang. Terus membuak-buak perasaan ingin pergi. Restoran ini ala Men'ate jugak la. Daging dia kira ikut timbang. Banyak jenis daging ada. Angus ribeyes, wagyu, lamb, lamb racks, ribs, salmon, dan lain-lain lagi. Aku ambil lamb dua ketul yang berharga RM35. Harga ni semua dah termasuk side dishes ye iaitu mashed potato dan coleslaw. Tapi serius sedap cara dia masak daging tu. Kalau boleh nak pergi selalu. Tapi nanti pokai pulak.
Minuman pulak tak banyak sangat pilihan, ada air kotak dan kordial RM2 segelas. Air kordial bottomless ok. Menu lain termasuklah pasta (kitorang try bolognaise & carbonara) dan nasi goreng.
Alhamdulillah, agak puas makan kat restoran ni. Sedap ok! Daging pun lembut dan side dishes yang mengiringi juga memuaskan hati. Mungkin tak boleh pergi selalu tetapi bagus untuk special occasion macam birthday ke, anniversary ke. Boleh reserve table dengan menghubungi nombor telefon di atas ye. Nak walk in pun boleh tapi takut penuh. Kedai ni banyak hari yang penuh jugak la.
Carbonara |
Pinggan kebahagiaan |
Carbonara |
Okay, bila nak repeat?
1 comments:
nama kedai Melantak.. elok benar tu ehehe.. mashed potato menggoda =)
Post a Comment