Friday, January 25, 2008

Study

Hmm, walaupun trial tinggal lg beberapa minggu je, tapi aku belum ade mood nak study lg.. Memang kritikal keadaan aku pada ketika ini. Tau nak enjoy je.. Apa la nak jadi dgn aku ni.. Keputusan sem lepas cukup2 makan je.. Macam mana la nak dapat 15 point macam Helmy tu.. Pandai nak mampus! Walaupun Chemistry dia dah A, tapi die tetap kata markah dia teruk.. What the *****!!

Apa-apa pun, aku dh pun mula menyelak2 lecture notes terutama skali Organic Chemistry yg susah nak mampus tahap nk lepas American Idol Season 7. Gitu... Hari Ahad ni ada Anugerah Juara Lagu.. Nmpknya sape2 yg nk tgk AJL kena la berebut tv kat Cemara tu. Sbb mlm tu pun ade bola. Yang aku tau, MU main. Mesti bising tahap cipan jantan2 kat cemara tu. Aku masih ragu2 lagi sama ada nk tgk kt rumah ataupun tgk kt cemara sbb biasanya aku balik cemara malam Ahad.

Lagi berita menarik yg berlaku di cemara. Pada hari Selasa yg lepas iaitu malam sebelum cuti Thaipusam, aku dan Badd dan Helmy dgn spontannya bermain badminton kt halaman depan blok 8 cemara. Ktrg main dlm pukul 12 pagi dan habis dalam pukul 12.30. Lepas tu, ktrg sambung berborak kat bilik Helmy sampai pukul 2 lebih. Aku dgn Badd yg jarang bersukan telah memberegukan diri melawan Helmy yg sememangnya terer bermain badminton seperti pelesit. Ktrg pinjam raket Tee Tat ngn sape2 punya ntah lagi yang ada dlm simpanan Helmy pada ketika itu. Habis dua shuttlecock ktrg tibai smpai togel benda tu. Hehehe..

Pada awalnya ktrg merancang nk tgk American Idol malam tu. Tapi oleh sebab 'mak datin' pegi tgk tv cerita Las Vegas, ktrg tukar la rancangan dgn bermain badminton di awal2 keheningan pagi2 buta tersebut.

Tapi aku masih risau dgn keadaan aku yg xde mood nk study. Aku tak mampu nak study macam Tee Tat mahupun Azery Sudeyhiah.. huhuhu..

Rasa nak bubuh gambar pulak supaya post ini kelihatan menarik. Hehehe..

Badd, Iwa, Helmy

Wednesday, January 16, 2008

Hobi baru di Cemara

Hmm.. Semenjak akhir2 ni, aku, Badd dgn Helmy dh develop satu hobi baru. Nk tau apa dia? Tekalah sendiri.. Hehehe..

Hobi baru ktrg ialah tgk movie kt laptop. Hobi yg agak biasa bagi org2 yg xde kerja. Sekarang ni, kedai CD kt belakang Restoran Imtiyaz la jd tempat ktrg membelek2 DVD baru. Bkn cerita baru je ktrg beli, cerita lama pun sama. Kebanyakan cerita yg ktrg beli ialah cerita2 berunsurkan thriller gitu.. Cerita bunuh2, ada byk darah, byk watak yg bes2..

Antara cerita yg aku dh layan ialah Saw (1 smpai 4). Cerita Saw ni tidak seseram mana cuma memerlukan byk berfikir utk merungkai siapa yg mjadi pembunuh. Saw 4 ialah satu cerita yg membuatkan ktrg sume 'down' sbb x faham sgt dgn cerita ni. Byk persoalan yg ktrg masih belum dapat rungkaikan. Saw 1 hingga 3 agak bes sbb jln cerita agak simple. Saw 4 menggabungkan misteri dalam cerita Saw 1 hingga 3. Memang memeningkan kepala. Cerita2 ini memaparkan pembunuh yg digelar jigsaw kerana badan mangsa yg mati akan ditoreh seperti bentuk jigsaw puzzle. 'Hi ***, I wanna play a game. The rules are simple", ini merupakan ayat yg biasa didengar di dalam pita rakaman sebelum mangsa perlu mencari jalan utk menyelamatkan diri daripada maut akibat alat2 pembunuhan yg agak pelik dan kejam.

Lepas tu, ktrg ada gak tgk cerita Hostel (1 dan 2). Cerita ni pun cerita bunuh2 gak. Ni semua adalah pengaruh Badd yg suka tgk cerita2 cenggini. Hostel ini mengisahkan kejadian yg berlaku di Slovakia di mana para pelancong akan dipengaruhi utk bermalam di Hostel. Setiap pelancong asing ini akan dibeli oleh org kaya yg xde keje lain secara rahsia. Mereka akan ditangkap dan akhirnya dibunuh dgn kejam seperti dibakar, ditoreh, dipotong, dililis, digari, ditampar, dikerusielektrikkan, dan pelbagai cara lagi.

Selain itu, ktrg juga menonton cerita Exorcist (1 dan 2) dan Friday the 13 (1 dan 2). Cerita Exorcist adalah mengenai seorang budak perempuan (Regan) yg dirasuk oleh Pazuzu sehingga menyebabkan dia bertindak seperti org gila. Terbang melayang2, kepala pusing 360 darjah, mencarut2 dan sebagainya. Cerita Friday the 13 pula mengisahkan beberapa orang di Camp Crystal Lake dibunuh secara kejam oleh seorang yg misteri.

Walaupun ktrg byk menontong filem2 seram, tetapi keseramannya tidaklah seberapa kerana kebanyakan cerita yg ktrg tgk telah diparodikan oleh Scary Movie. So, x seram sgt la, dan kadang2 menjadi lawak bg ktrg.

"Darling I'll never go away, Darling I'll never go away again....."
(lagu dalam scary movie 2 yg memparodikan exorcist)


Ni je kot yg aku nk ceritakan kali ini.. Semasa aku menaip post kali ini, aku berada di CC Kolej Cemara menemankan Helmy dan Azery yg ketagihan utk online.

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Mary yg berjaya melupuskan sisa hidupnya bersama lelaki yg aku rasa x layak bagi dirinya. Lelaki yg byk membuatkan Mary bersedih. Lelaki yg boleh dikatakan agak tamak. Lelaki yg amat marah apabila aku menggelarnya jantan.

WHAT-EVER!!!

Eh, tiba2 rasa nk bubuh gmbr.


Wednesday, January 9, 2008

Permulaan Semester Baru

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga aku mendaftar di Intec tanpa sebarang rintangan. Konflik bilik baru juga telah berakhir kerana rupa2nys org ofis tu salah kasi kunci kat aku. Senang hidup aku lepas ni..

Semasa register di dewan Intec, satu kejadian kecil yg tidak diingini telah berlaku ke atas Badd. Badd tidak dibenarkan mendaftar kerana seluar hitam yg dipakainya dikatakan 'jeans' oleh Cikgu Hassan.. Kesian Badd.. Terpaksalah aku masuk ke dalam dewan sorang2.. Tetapi secara tidak diduga, Badd telah menungguku di pintu keluar kerana dia kata dia nk menangis kuat2.. Tetapi, idea yg sungguh bernas tiba2 muncul. Badd masuk ke dalam dewan melalui di pintu belakang di mana tiada pak gad menjaga di kawasan itu. Oleh sebab wujudnya kegoyahan dalam pengawasan pintu belakangh, Badd dengan selambanya masuk ke dalam dan mendaftar seperti tiada apa2 yg berlaku.

Semalam, kelas sudah pun bermula seperti biasa. Subjek pertama yg diharungi ialah Biologi di mana perbincangan kertas jawapan exam diadakan. Seperti biasa, markah aku mmg susah untuk mencapai gred A. Selepas itu pula kelas Chemistry dan result aku tidak seperti di dalam mimpi aku (dpt D dalam mimpi! cuak aku dibuatnya).

Pagi tadi cuma ada kelas math je (1 jam je pun). Nampaknya markah math aku jela yg boleh diharap. Berbekalkan markah penuh dlm C1 dan makin hancur apabila menghampiri Pure Maths 3. Tp nasib baik dpt A math. Namun begitu, aku masih belum mendapat markah Statistics yg bagi aku, agak susah.

Aku amat tergamam dgn keputusan Helmy yg mendapat byk markah penuh utk paper Bio. Mentang2lah baca past year.. huhuhu..

Aku telah menolak 2 pelawaan mengajakku keluar. First, Ida dan Bella ajak keluar dan second, Mary, Pah dgn Badd ajak keluar. Alasan aku ialah tiada duit kerana JPA belum lg memasukkan duit biasiswa ke dalam akaun aku. Aku hanya bergantung pada duit pemberian ibubapaku sahaja. Huhuhu, sedihnya kehidupan ini.

Antara perkara menarik yang berlaku dalam kelas tadi ialah konflik pertukaran tempat dalam kalangan pelajar2 perempuan. Yg sini nk duduk kat situ, yg situ nk duduk kt sini. Macam2 btol diorang ni.

Sekarang ni aku berada di rumah kerana esok merupakan cuti Awal Muharram.

Sunday, January 6, 2008

Cutiku Sudah Berakhir

Hmm.. Nampaknya cuti aku tinggal lagi sehari je. Pagi td aku sudah pun mendaftarkan diri di kolej cemara untuk menghantar barang2 aku yg amat byk. Sesudah dftr, aku amat terkejut kerana mendapat bilik lain. Dari 8208 ke 8308. Dan yg paling x bestnye, housemate aku pun lain. Yang aku tau, nobita dgn chris. Oh my God! Apa aku nk buat dgn diorg ni? Aku nk bilik same ngn Badd macam dulu. Senang sikit nk melahar, bergosip ngn tgk DVD same2.. Lagipun bilik lama tu depan bilik Azery ngn Helmy. Lg bertambah best la kalo melahar dgn diorg. Menurut Apal, permohonan Jiji utk menukar bilik tidak dilayan sama sekali. So, aku dgn Badd berpakat utk duduk di bilik yg sama secara suka hati. Pihak kolej memang sengaja memisahkan kami.

Tapi, kenapa aku? Kenapa? Kenapa? (tiru ayat Mary.. hehe..). Aku amat berharap dpt duduk bersama2 rakan baikku sem ni kerana sem ini merupakan sem terakhir aku akan bersama kawan2 best aku terutama sekali Badd. Aku dan Badd akan menghala ke laluan yg berbeza selepas tamat A-Level nnt.. Badd akan ke India utk ijazah perubatan manakala aku akan tetap di Malaysia utk ijazah farmasiku. Itupun jika lulus interview utk masuk IMU. Aku berdoa agar segalanya berjalan lancar dalam sem ni. Aku pasti akan merindui kawan2ku di kemudian hari. Aku ingin menghabiskan sisa2 pelajaranku bersama kwn2 rapatku dan bukannya dgn org yg aku x kenal, org yg aku x rapat, org yg aku berasa x selesa bila bersama mereka.

Aku amat berharap agar Badd dpt dftr di bilik lama esok. Nnt bolehlah aku pindah terus ke bilik lama. Huhu.. Tp memang ade sesetengah pelajar dipindahkan ke bilik lain. Tapi, kenapa perlu tuka housemate aku sekali? Kn lebih mudah jika dpt housemate yg sama? X payah susah2 buat list nama baru. Pihak kolej memang sengaja.. Sengaja memisahkan keindahan kami.. Sengaja memisahkan perlakuan kami.. Mmg.. Mmg.. Mmg sengaja,,

Sudah! Lupakan hal kolej yg buruk itu. Dah bape tahun terbina, baru nk ganti bumbung.. huh, apa klas.. Kemudahan pun x seberapa.. Internat lembab.. Main internet kt KLIA lg laju r.. Free lagi tu.. huh!

Berbalik kepada musim cuti aku, kali ini aku berjaya mempelajari menggunakan adobe photoshop. Ni semua pengaruh Mary yg amat suka mengedit gmbr2 die. Katenye, die cemburu dgn kebolehan seseorang menggunakan komputer. Mary telah bertukar dari buta komputer kpd celik komputer. Kadang2, terpaksa meminta bantuan dia mengedit blog aku. Eh, asyik bercakap pasal Mary je.. Tuka org lain lak.. Hmm.. Pasal Wawa lak.. Aku telah berbalas SMS dgn Wawa semasa musim cuti ini. Cadang nk keluar tgk wyg same2.. Tp, oleh kerana duit scholar aku belum dibagi oleh daddy (JPA), aku terpaksa melupakan hasrat untuk keluar. Menurut Senah, duit biasiswa naik beberapa ratus. Bagus la begitu.

Aku juga seperti Mary, telah mengedit beberapa gmbr utk dijadikan kenangan. Seperti gmbar aku, Elia dgn bdk2 klas 7M8 telah aku edit menjadi ala2 Harry Potter. Aku byk menjadikan wallpaper & poster Harry Potter sebagai panduan. Gmbr aku dgn bdk2 7M4 juga kuilhamkan drpd poster Harry Potter. Apa boleh buat, aku mmg suka cerita Harry Potter, Gmbr aku bersama2 bdk kelas aku aku edit lmbt sedikit sbb kuantiti pelajar amat ramai iaitu 20 org. So, untuk crop gmbr 20 org akan mengambil masa yg lama. Tp siap juga gmbr tersebut aku buat. Beberapa rakan aku telah memuji kecantikan hasil kerja. Aku amat bangga dgn pencapaian aku walaupun aku belajar photoshop secara sendiri. Hebat juga hasil kerja aku (masuk bakul, angkat sendiri.. hehe..). Tp even apal yg dh 3 sem guna photoshop memuji aku.. (hish, x habis2 puji diri sendiri). Tp, aku suka akan pujian. Pujian yg memberangsangkan.

Aku mmg suka tulis blog panjang kerana semasa menaip, byk idea dtg mencurah2 bagai coklat mencurah2 ke ladang gandum dan puff! jadilah kokokrunch.. hehehe.. Idea yg dtg membuatkan ku menulis seperti sedang menduduki peperiksaan kertas 2 bahasa Melayu dalam SPM. hehe..

Aku masih berasa tidak puas hati atas kejadian yg menimpa aku hari ini... Geram2.. Kenapa tukarkan bilik aku? kenapa!!!! Arghhh!!! X bes!! Macam mana nk belajar dgn tenang kalau berhadapan dgn stranger setiap hari.. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan aku ketika ini. Peristiwa ini membuatkan aku malas utk pulang ke kolej walaupun sebelum ini aku berkobar nk berjumpa Badd, Azery dgn Helmy.. Huhu..

Nmpknya, kenalah start belajar balik. Minggu pertama mesti bincang kertas soalan exam. Ntah ape result yg aku dapat nanti. Mintak2 dpt yg bagus2..

Gmbr2 yg telah aku edit telah aku letakkan di page friendster aku dan juga di blog ni... hehe =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited